Skip to main content

Posts

Showing posts from 2007

Translate

Homestay Hiroshima International Club

2007. Tahun inilah bermulanya kembara saya ke luar negara. Ya, ke luar negara untuk julung-julung kalinya. Inilah kali pertama saya berpeluang menjejakkan kaki ke negara asing. Pengalaman pertama membuat passport.  Pengalaman pertama naik kapal terbang tanpa ditemani ibu bapa.  Pengalaman pertama kena 'jet lag'.  Pengalaman pertama tidur, makan dan hidup sebumbung di rumah orang lain SELAIN daripada rumah sedara-mara, kawan rapat, aktiviti sekolah... Angan-angan saya untuk menyertai program homestay tertanam di dalam minda semenjak saya membaca perkongsian kakak 'senior' yang diceritakan dalam majalah sekolah ini... Muka depan majalah sekolah SIGS tahun 2004 Bagaimana untuk sertai homestay? Segalanya bermula apabila cikgu membuat pengumuman di perhimpunan pagi. Ketika itu, saya sudah belajar di sekolah berasrama. Pada masa itu, program homestay Jepun ini dibuka hanya kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5. Meminati anime dan drama J