Skip to main content

Posts

Showing posts with the label huayu

Translate

Buku rujukan bahasa cina

Buku rujukan tatabahasa. Penerbit yang sama mencetak buku teks kami. Di kedai buku kegemaran saya, 'Caves Bookstore' berhadapan kedai Watson dekat stesen kereta api Tainan. Bahagian buku rujukan bahasa mandarin. Saya suka peribahasa ini.  加油!!! Dapat teks dari seorang kawan yang mahir pelbagai bahasa 'polyglot' bila saya kata nak 'give up' tulis karekter ni.. "Ahh, this reminds me when I first started learning chinese Definitely not easy. Sometimes, it can be excruciatingly boring...什麼漢字? 我根本看不懂!*close book* Been through different methods to memorise the characters: flashcards, games, reading visual books/ comics/ road signboards/drama/song lyrics subtitles and so on... Just keep taking those baby steps. As you learn, the language opens up to you. Every time you sit down to read a piece of text in Chinese, it gets easier. It’s incredibly motivating! Trust me, when you master this, later on if you wanna learn Japan...

Recap: H, I 班

Sebenarnya saya 2x ambil kelas H. Kali pertama ambil kelas H, GAGAL.  .  .  .  Kebiasaannya di CLC, lebih tinggi tahap pelajar tersebut, makin sedikit bilangan pelajar dalam kelas. Jadi bila gagal kena ulang balik kelas, maka 'repeat class' pun sama-sama juga! Inilah yang berlaku kepada saya... Semasa di kelas G, kami menggunakan buku teks vol 5 di mana topiknya berkisar isu-isu sensasi untuk didebatkan dan setiap topik ada 2 karangan iaitu 1 karangan menyokong ataupun bersetuju dengan isu berkenaan dan satu lagi membangkang dan membantah isu tersebut.  Contoh topik: relevan lagikah hukuman gantung sampai mati, isu LGBT, makanan GMO, isu ibu tumpang 'surrogate mother'. Untuk kelas H dan I pula, buku teks vol 6 menggunakan keratan akhbar atau majalah sebenar sebagai artikel yang perlu dipelajari. Jadi, kosa katanya merupakan kosa kata harian yang ditemui di media cetak.  Antara contoh kerja rumah di mana laoshi akan memberi setia...

Bilingual e-Paper

Antara cara mudah dan percuma untuk belajar bahasa cina dan menambah kosa kata adalah dengan membaca akhbar harian. Terdapat karangan dan artikel pendek mengenai isu semasa yang dialih bahasa Eng-Cn, Cn-Eng Taipei Times > http://www.taipeitimes.com/News/lang?fbclid=IwAR1Io8-l2PGDUIKBqtkcDCSn2e587fIrPiKn-cNq1kskULOsTQxX5t7MkIM Liberty Times > https://features.ltn.com.tw/english/1 Apple Pie Everyday English>   https://tw.news.appledaily.com/international/daily/20110410/33308126/ 國語日報 > http://ereading.mdnkids.com/?fbclid=IwAR3YY9unxE3Aoqu_q9y1QfUMf5mdXXhB6XUMrWSMfR0uYWd9Ly_uG6arTjM

Recap: G班

Hadiah tahun baru, semester baru - Cikgu beri setiap seorang cop nama  😇 Presentation Happy CNY! Makan-makan

Recap: F 班

F班 Kelas F Semester kelima saya di NCKU CLC.  Bermula daripada kelas A, kemudian B,C (lompat D), E dan sekarang dah selamat habiskan level F. Jujurnya, semester ini sepanjang berada di CLC semester yang paaaaaaling sibuk, paling penattttt huhu... tulah siapa suruh ambik kelas elektif tulis karangan (寫作), setiap minggu ada tugasan tulis karangan, dah bila campur dengan kelas F班 dan kelas elektif, dalam seminggu paling tidak tulis 4-6 karangan!  Kelas  F班 ini pula kandungan bukunya banyak tentang sejarah, politik dan ekonomi, sambungan daripada kelas E 班. Kelas ini jugalah saya dapat markat tercorot sepanjang belajar di NCKU CLC. Cukup-cukup makan LULUS je! Markah lulus di  NCKU CLC ialah 60%, dalam erti kata lain kalau tak lulus = semester depan kena ulang balik. REPEAT! Tapi sepanjang berada dalam k elas  F班, dapat rasalah bila buat pembentangan di hadapan kelas, selama 3 bulan ini banyak perubahan, daripada hafal skrip kepada boleh bentangkan...