Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

Translate

Taiwan Huayu Scholarship Welcome Party

Tahun 2017.  Seramai 1,490 pelajar dari seluruh pelusuk dunia mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan. Pada 2 Oktober 2017, satu program sambutan telah diadakan di bandar Taipei. 「臺灣獎學金及華語文獎學金」新生說明會暨歡迎會 Taiwan Scholarship and Huayu Enrichment Scholarship Recipients Orientation and Welcome Party --- Berkumpul seawal 7 pagi. Kami akan menaiki bas ke Taipei. Selain kami pelajar bahasa mandarin NCKU, ada juga pelajar ijazah dan pascawasiswazah NCKU dan dari Kun Shan University Tainan yang turut serta.  Perjalanan dari Tainan ke Taipei mengambil masa 4 jam 30 minit. Sebelum tayar bas bergolek, penumpang dinasihati mengikut arahan keselamatan seperti yang dipaparkan dalam TV. Rasa macam naik kapal terbang pula! Dan ini merupakan kali pertama saya akan ke Taipei, tak sabarnya!  Karaoke KTV dalam bas Bangunan Chang Yung Fa. Dinamakan sempena Pengerusi syarikat konglomerat Kumpulan Evergreen. Antara bidang perniagaan yang mereka terlibat adalah s

Persediaan ke Taiwan

Saya telah tiba  di Taiwan. Sekarang merupakan musim luruh. Cuaca, waktu lebih kurang sama dengan Malaysia. Angin agak kuat di sini. Muka pun dah sunburn . Saya sampai di Taiwan 4 September. Kelas bermula pertengahan September. Jadi, banyak waktu lapang digunakan untuk menjelajah tempat-tempa t berdekatan. Persediaan yang paling penting, anggaran belanjawan. Walaupun dapat biasiswa, duit hanya masuk akhir bulan September.  Ketika daftar masuk ke NCKU Prince Dorm , saya diminta membayar deposit 2 bulan + 1 bulan (sewa bilik bagi bulan September). Tetapi boleh minta budi bicara pihak dorm sekiranya cuma mahu bayar dahulu untuk sewa 1 bulan sementara menunggu duit biasiswa  masuk (perlu tunjuk Sijil Biasiswa sebagai bukti) Perkara yang sama juga semasa pendaftaran pelajar baru. Boleh buat pilihan sama ada untuk membayar yuran 1 semester ketika Hari Pendaftaran Pelajar Baru atau tunggu duit biasiswa masuk. Pihak dorm dan NCKU CLC amat fleksibel dan bertimbang rasa dalam hal ini.