Skip to main content

Translate

Taiwan Huayu Scholarship Welcome Party

Tahun 2017. 

Seramai 1,490 pelajar dari seluruh pelusuk dunia mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran di Taiwan. Pada 2 Oktober 2017, satu program sambutan telah diadakan di bandar Taipei.

「臺灣獎學金及華語文獎學金」新生說明會暨歡迎會
Taiwan Scholarship and Huayu Enrichment Scholarship Recipients Orientation and Welcome Party
---


Berkumpul seawal 7 pagi. Kami akan menaiki bas ke Taipei. Selain kami pelajar bahasa mandarin NCKU, ada juga pelajar ijazah dan pascawasiswazah NCKU dan dari Kun Shan University Tainan yang turut serta. 

Perjalanan dari Tainan ke Taipei mengambil masa 4 jam 30 minit. Sebelum tayar bas bergolek, penumpang dinasihati mengikut arahan keselamatan seperti yang dipaparkan dalam TV. Rasa macam naik kapal terbang pula! Dan ini merupakan kali pertama saya akan ke Taipei, tak sabarnya! 


Karaoke KTV dalam bas


Bangunan Chang Yung Fa. Dinamakan sempena Pengerusi syarikat konglomerat Kumpulan Evergreen. Antara bidang perniagaan yang mereka terlibat adalah sektor penerbangan iaitu syarikat penerbangan Eva Air dan Uni Air. Sektor perhotelan. Dan paling tak sangka adalah syarikat perkapalan kontena Evergreen adalah merupakan antara yang terbesar di dunia! Di lokasi bangunan yang kami pergi ini, kawasannya terletak berdekatan dengan Bangunan Peringatan Chiang Kai Shek dan Bangunan Pejabat Presiden Ketagalan Boulevard. 


Sampai pun....
Rasa wow.. Saya perasan ramainya pegawai kerajaan yang sambut kami. Layanan VIP sangat. Rupa-rupanya usai sesi orientasi, kami dibawa ke Dewan Utama untuk mendengar ucapan dari Menteri juga berkenalan dengan duta dan kenamaan negara masing-masing! 
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut jenis biasiswa yang di terima. Ada 3 kementerian yang terlibat iaitu 外交部 Ministry of Foreign Affairs (MOFA) , 教育部Ministry of Education (MOE) dan 科技部 Ministry of Science and Technology (MOST).

Pengenalan mengenai biasiswa Huayu. Masa kami pergi ni awal bulan 10. Kebanyakan pelajar baru sebulan memulakan sesi pengajian dan dalam proses penyesuaian diri. Selain pengenalan dan orientasi mengenai biasiswa kami, the do's and the don'ts, soalan paling hangat dari pelajar ialah, "bila duit biasiswa nak masuk!?"  Rupanya duit masuk selang 2-3 hari selepas orientasi ini. 
Sesi makan dan beramah mesra bersama Tuan Anwar Udzir, Pengarah (Ekonomi) dari pejabat Malaysian Friendship & Trade Center, Taipei. 
Semasa di dewan utama untuk sesi beramah mesra dengan duta dan perwakilan negara masing-masing, saya berkempatan berkenalan dengan pelajar Malaysia yang belajar di serata ceruk Taiwan. 


Bergambar bersama Veronica, penulis blog Nothingsplain

Perjalanan balik ke Tainan. Karaoke lagi. Oleh kerana esoknya hari minggu, ada dalam kalangan kawan kami yang ingin bersuka ria di Taipei dan memilih untuk tidak menaiki bas balik bersama ke Tainan. 

Rakaman dari Formosa TV 
https://youtu.be/4UOFDDNYrnU

__________


Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...