Skip to main content

Posts

Showing posts with the label jozankei

Translate

Mandi 'Onsen' 'Hot Spring' Air Panas

Masa sign up untuk join program, terus google nama hotel bila dapat tahu yang dalam agenda kami selain membuat kerja-kerja sukarelawan dan menyaksikan kemeriahan   Sappporo Snow Festival , kami akan bermalam di sebuah   hotel di bandar Jozankei Onsen . Jozankei Manseikaku Hotel Milione.....~~~ Fuh! Memang panjang semacam nama hotel tu. Puas hati bila dapat tengok gambar sebelum gerak ke sana. Khabarnya, kolam air panas atau onsen atau hot spring di sana ada beberapa saiz. Kalau yang tak berkenan masuk dalam onsen, dalam bilik hotel dah siap-siap lengkap tandas jepun dan tab mandi.  Hotel kot! Hotel Jepun! 1 malam pun jadi lah setelah hampir seminggu kami menginap dalam   dorm di tengah-tengah bandar Sapporo . Semua sedia maklum taraf kehidupan Jepun macam mana. Keadaan penginapan kebanyakkannya sempit dan agak mahal. Post ni khusus untuk sesiapa yang ingin tahu dan ingin cuba onsen untuk pertama kali. Onsen vs sento vs ofuro Apa beza...

Jozankei

Baru-baru ini, sekumpulan anak muda Malaysia telah mengharumkan nama negara apabila memenangi acara   sukan snowshoeing di Austria . Apa yang saya nak kongsikan di post adalah ini pengalaman berada di Jozankei. Saya dan kawan-kawan telah berpeluang berada di sana untuk satu   program   Februari yang lalu.  Saya ni agak curious orangnya. Jadi, sebelum bertolak ke Hokkaido, Jepun dah buat homework nak tahu Jozankei tu apa. Buat carian di Google, Facebook, TripAdvisor, blog. Dekat mana. Attraction atau tempat tarikan apa yang kena pergi. Tapi tak banyak maklumat. Carian khusus di blog-blog nak tahu kalau ada orang Malaysia pernah buat trip, kembara atau melancong ke Jozankei pun tak membuahkan hasil. Trend dekat status Facebook ramai pula orang Malaysia yang pergi resort di Niseko atau Gala Yuzawa. Walaupun cuma seharian berada di sana, saya merasakan Jozankei ni sangat istimewa. Setelah hampir seminggu berada di bandar Sapporo dan menyaksikan kemeriahan  ...