Skip to main content

Translate

Mandi 'Onsen' 'Hot Spring' Air Panas

Masa sign up untuk join program, terus google nama hotel bila dapat tahu yang dalam agenda kami selain membuat kerja-kerja sukarelawan dan menyaksikan kemeriahan Sappporo Snow Festival, kami akan bermalam di sebuah hotel di bandar Jozankei Onsen.

Jozankei Manseikaku Hotel Milione.....~~~

Fuh! Memang panjang semacam nama hotel tu. Puas hati bila dapat tengok gambar sebelum gerak ke sana. Khabarnya, kolam air panas atau onsen atau hot spring di sana ada beberapa saiz. Kalau yang tak berkenan masuk dalam onsen, dalam bilik hotel dah siap-siap lengkap tandas jepun dan tab mandi. 

Hotel kot! Hotel Jepun!

1 malam pun jadi lah setelah hampir seminggu kami menginap dalam dorm di tengah-tengah bandar Sapporo. Semua sedia maklum taraf kehidupan Jepun macam mana. Keadaan penginapan kebanyakkannya sempit dan agak mahal.

Post ni khusus untuk sesiapa yang ingin tahu dan ingin cuba onsen untuk pertama kali.

Onsen vs sento vs ofuro

Apa bezanya?

1. Onsen: Elemen utama adalah punca airnya mestilah air panas bawah tanah 'HOT SPRING' 'MATA AIR PANAS'. Sumber airnya hendaklah semulajadi. Air tersebut mesti mengandungi ciri-ciri mineral berkhasiat dan mampu merawat tubuh badan juga kulit kita seperti sulfur, besi dan sebagainya. 

Ingat lagi kisah pendeta Jozan yakni pengasas Jozankei di post sebelum ni
Negara Jepun terletak di lingkaran api pasifik 'Ring of Fire'. Oleh itu, onsen sejak dahulu kalanya telah digunakan dan ada disebut di dalam hikayat lama Jepun seperti Kojiki, Nihonshoki dan Manyosyu. Pada era Kamakura dan Sengoku, rekod ada menyatakan bahawa samurai menyembuhkan luka mereka dengan cara bermandi di onsen. Seterusnya, budaya mandi onsen tersebar dalam kalangan orang ramai pada zaman Edo. Ketika pemerintahan Meiji pada awal abad ke-19 masihi, kajian saintifik mula dijalankan terhadap kesan dan khasiat mandi onsen yang akhirnya dibuktikan kebaikannya dari segi perubatan pada era Showa. 

Kemudahan onsen boleh jadi 'public onsen' untuk kegunaan awam seperti di hotel, penginapan tradisional Jepun 'ryokan' mahupun disewa khusus untuk kegunaan persendirian mahupun ahli keluarga. 

(Bacaan lanjut> More than a Bath: An Examination of Japanese Bathing Culture)

2. Sento: Tempat mandi awam.
Beza dengan onsen adalah di sento, airnya berpunca daripada air paip biasa yang telah dipanaskan.

3. Ofuro: Tab mandi Jepun.
Asalnya pada zaman dahulu diperbuat daripada kayu. Airnya diangkut daripada perigi dan dipanaskan di bawah tab mandi tersebut. Macam dalam anime Totoro tu.
Tab mandi Jepun ni bukan sembarangan tau. Agak canggih sebenarnya.
Pengalaman saya homestay 10 tahun lepas di Nagoya, setelah semua ahli keluarga mandi dalam ofuro, keesokan paginya air mandian tersebut dialirkan ke dalam mesin basuh untuk membasuh baju di dalamnya. Kemudian, mak angkat saya menyidai pakaian di atas tab mandi tersebut yang mempunyai heater/ pemanas di bahagian silingnya. Penggunaan ruang yang efisien, bukan? Kerana pada ketika itu musim sejuk. No point sidai baju di luar rumah.

Jadi, bagaimana caranya nak mandi onsen ni?

Saya menggunakan contoh onsen di Jozankei.
Di kawasan Jozankei Onsen ini, terdapat banyak penginapan. Buat kajian dulu onsen mana yang sesuai dengan belanjawan kalian. Nak public, private, family onsen ke..? Nak sekali dengan pakej penginapan? Atau onsen sahaja? 


Hokkaido-Onsen

Kalau nak main cecah kaki sahaja, boleh dapatkan pengalaman itu di public foot bath di sebelah Iwato Kannondo temple sepertimana yang disebut di post sebelum ni.

Onsen di Jozankei Manseikaku Hotel Milione. 
Public onsen....

*Bagi yang ingin mandi onsen sahaja tanpa bermalam di sini, anda akan dikenakan bayaran masuk onsen dan sewa yukata.

Memandangkan kita di hotel, yukata dan 2 helai tuala (tuala badan dan tuala muka/kecil) disediakan.
Salin yukata siap-siap. 
Pakai je seluar kalau rasa singkat. 
Sarung selipar hotel.

Bagaimana caranya nak memakai yukata?

Pemakaian yukata: kanan ---> kiri

Pegang sebelah kanan masukkan ke sisi kiri.
Tarik sebelah kiri letak atas sisi kanan.
Kemudian pakai obi/tali.
Letak obi di bahagian pinggang.
Bawa ke bahagian belakang dan silangkan kemudian ikat di depan.
cara pemakaian yukata dan haori
Imej daripada laman rasmi Hokkaido Tourism
Minum air bagi mengelakkan dehidrasi.
Pastikan masuk pintu onsen yang betul.

Onsen lelaki dan wanita diasingkan. Jangan silap masuk! haha
Gambar onsen Jozankei Manseikaku Hotel Milione dari laman TripAdvisor.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN
Pintu masuk


SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN
No tattoo.
Di Jepun, tatu sinonim dengan kumpulan 'yakuza'.
Tadaaaaa................................... Gigih siap buat lakaran nak bagi kalian faham \^0^/
lakaran layout onsen
Contoh layout onsen

1. Pintu masuk
2. Ruang tukar atau salin baju.
Tiada seurat benang hatta swimming suit mahupun 'inner' sekalipun dibenarkan.
Tanggalkan barang kemas, jam. Kemungkinan boleh rosak jika dibawa berendam bersama kerana tindak balas bahan mineral dalam onsen.
3. Aksesori. Rambut jangan melebihi paras bahu.
Jika ya, disediakan di ruangan aksesori shower cap, getah ikat rambut.
Shaver pun ada. Ehemmm
4. Pintu 
5. Shower. Tempat mandian dan menggosok badan. 
6. Kolam onsen

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN
Disediakan bakul individu di ruangan salin baju.
Locker pun ada.



tips mandi onsen hot spring air panas

Jika segan….?
Saya dah siap-siap bawa tuala muka bersaiz agak besar sedikit daripada yang diberikan oleh pihak hotel. Masa berjalan tu, dapatlah tutup bahagian depan. Takpun, ikat tuala dibahagian pinggang dan silangkan tangan.

Atau, pergi mandi onsen pada waktu lewat malam atau awal pagi. Berdasarkan pemerhatian saya, elakkan waktu puncak---1-2 jam sebelum dan sesudah makan malam.

Selain itu, tidak dibenarkan membawa masuk apa-apa pun ke dalam bahagian kolam onsen.

Imej daripada laman rasmi Hokkaido Tourism

AWAS!
LANTAI LICIN!
Jalan perlahan-lahan. Jangan excited sangat.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN
Sliding door
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN
Bahagian mandi. Shower. Sentallah badan di sini.
Tak nampak pun orang sebelah sebab ada dinding tepi ‘cubicle’ tu.
Sabun badan, syampu, conditioner disediakan.
Suhu air boleh dilaraskan.
Imej daripada laman rasmi Hokkaido Tourism

Kolam onsen.
Bermacam-macam saiz dan berlainan suhu airnya.
Pemandangan dalam onsen ni berwap---udara sejuk bertembung air panas.

Masuk ke dalam onsen dengan perlahan-lahan untuk adjust suhu badan.
Jangan tergesa-gesa.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI JOZANKEI ONSEN MANSEIKAKU HOTEL MILIONE ONSEN

Menariknya, kolam yang ni seperti jakuzi.
Semburan buih-buih air itu seperti mengurut badan kita.
Nyaman sekali.

Jangan berendam di dalam satu kolam lama sangat. Boleh pengsan jadinya.

Feel free to get in and out of the pool anytime. 
Boleh diselang-selikan dengan cold shower-onsen-cold shower-onsen...
Imej daripada laman rasmi Hokkaido Tourism

Letak tuala muka di atas kepala sewaktu berendam. Sekiranya tuala terjatuh ke dalam kolam, wring it/ perah tuala di luar kolam tersebut dan letakkan kembali di atas kepala. 
Imej daripada laman rasmi Hokkaido Tourism

Dalam onsen ni, ada orang suka bersendirian.
Bagi dia, onsen ni 'me time'. Leave Me Alone.
Ada orang peramah. Suka berborak.
Ada orang, datang berkumpulan.
Inilah masa bersosial bagi orang epun setelah seharian sibuk bekerja. 
Imej daripada laman rasmi Hokkaido Tourism

Habis berendam, lap badan seperti biasa di ruangan salin baju.
Pakai yukata.

Pergi ke bahagian dandan.
Demi menjaga kebersihan, sikat di onsen ini disteril.
Diletaknya sikat dalam oven gitu nak menyahkan kuman. Tak lah geli nak pakai.

Keringkan rambut dengan pengering rambut yang disediakan.
Pakai perapi rambut dan losyen muka. Juga disediakan!

Minum air. Vending machine ada.

Habis mandi onsen, memang rasa berat mata.
Nyenyak tidur.

Ikutkan pengalaman sendiri, memang rasa perbezaan di kulit selama hampir 2 minggu!
Macam lembut dan mulus sikit kulit ni. 
Mujarab khasiat onsen ni!
ONSEN IS AWESOME!

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...