Skip to main content

Translate

Sapporo House Youth Hostel

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA

Kedatangan kami disambut oleh Hana-san dan Yumiko-san daripada IYEO Hokkaido.
IYEO Hokkaido menyambut ketibaan kami di Shin Chitose Airport
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA CHITOSE AIRPORT ARRIVAL BAS BUS

Sepanjang berprogram hampir seminggu di bandar Sapporo, Kepulauan Hokkaido, Jepun, kami menginap di Sapporo House Youth Hostel. Lokasinya berdekatan dengan bangunan Kaderu. Kaderu adalah bangunan di mana aktiviti bersama International Youth Exchange Ofiice (IYEO) Hokkaido dijalankan. Sangat strategik di mana kami hanya perlu berjalan kaki untuk ke sana dan tempat-tempat menarik sekitar pusat bandar Sapporo dan Sapporo Snow Festival.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
Kawasan tempat penginapan kami ni lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke bangunan Kaderu.

Bangunan Kaderu
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
Bangunan Kaderu

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA KADERU
Aktiviti rasmi bersama IYEO Hokkaido dan sesi perjumpaan bersama Pengarah, Hokkaido Prefectural Office.

Check-in di asrama belia Sapporo House Youth Hostel.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
Punggah barang daripada perut bas.
Almaklum, ni bukan trip ala bacpackers.
Berkilo juga makanan yang dibawa termasuk snek dan dodol untuk slot program yang telah diaturkan. 

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
Sapporo House Youth Hostel

Nampak laluan melintang di hadapan sana? 
Itulah trek keretapi / tren.

Seberang jalan dari pintu keluar bangunan hostel tu, ada Family Mart dan 7-Eleven.
Sapporo  House Youth Hostel ini juga terletak kurang 7 minit berjalan kaki ke Daiso, Daimaru dan Stesen Sapporo. 
10 min ke kawasan beli belah Stellar Place, Aria dan Esta


SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
Sejuk sangat dekat luar dan salji tebal sangat sampai tak dapat nak sorong beg pergi hostel?

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
Jangan risau.
Dari Stesen Sapporo nak ke hostel, ada laluan seperti di atas.
Akan lalu restoran, kedai Daiso, kedai Columbia, arcade game, dan lain-lain.

Kami menginap di dorm yang boleh memuatkan 14 orang. 
Double decker. 
Mungkin agak sempit bagi sesetengah orang. 
Dengan beg besar gedabak lagi. 

Bantal, penyangkut baju dan selipar disediakan. 
Cadar kami kena ambil dari pada 'reception' dan sarungkan sendiri ke tilam. 
Nak sembahyang dalam dorm, bolehlah muat dekat tengah laluan tu.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS
Sumber gambar dari Rakuten
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS

Untuk memastikan keharmonian dan kebersihan dorm, kami tidak dibenarkan makan dalam bilik. Terdapat ruang makan atau kafe di tingkat 1. Anda boleh memilih sama ada untuk memakan bekalan sendiri ataupun membeli makan di kafe situ. Alternatif lain, pergi je seberang jalan makan di Family Mart atau 7-Eleven.

Kawan Jepun kami berbesar hati menunjukkan cara memasang cadar tilam!~~~

Walaupun kami tidur ber’jemaah’ dalam dorm, tetapi hanya 1 kunci bilik diberikan untuk setiap dorm. Tandas diselang-selikan setiap tingkat. Seperti tandas tingkat 2 untuk lelaki, tingkat 3 untuk wanita, tingkat 4 untuk lelaki dan tingkat 5 untuk wanita. Di tingkat B1, ada tandas untuk lelaki dan wanita.

Namun....
Bilik mandi hanya terdapat di tingkat paling bawah---B1!
Sento stye! 

Kiranya bukan setakat kami tetamu asrama belia sahaja yang mandi di sini, tapi ia juga terbuka untuk orang awam yang ingin mandi air panas di sini. Orang awam tersebut dikenakan bayaran sebelum mandi di sini.


SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS SENTO BATH MANDI
Layout sento
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS SENTO BATH MANDI
Pintu masuk


SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS SENTO BATH MANDI ONSEN
Etika nak mandi di sini sama seperti di onsen.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS SENTO BATH MANDI
Tempat dandan.
Pengering rambut disediakan.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SAPPORO HOUSE YOUTH HOSTEL ASRAMA BELIA ACCOMODATION PENGINAPAN CHEAP BUDGET MURAH BACKPACKERS SENTO BATH MANDI

Tips nak mandi dekat tempat macam ni....
Pergi mandi lewat malam atau awal pagi. (Tertakluk kepada waktu operasi)

Tempat mandi lelaki dan wanita diasingkan.
Sabun, syampu, conditioner disediakan.

Etika mandi orang Jepun ni sangat strict. Jangan main redah je.
Selipar tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam kawasan mandi 'shower.'

Bila mandi ‘sento’  lagi-lagi dekat asrama belia ni, dapat kenal dengan ramai orang.
Ye lah, nama pun mandi bersama.
Tetamunya peramah. Mungkin sebab mereka pun umur lebih kurang sebaya.
Masing-masing teruja untuk menghadiri Sapporo Snow Festival.
Ada yang datang dari luar negara, ada yang dari luar Hokkaido

Yang seronok dekat B1 ni, ada vending machine.
Memang kerjanya lepas mandi, menghabiskan duit syiling beli air dekat sini.
Mesin basuh juga ada di sini.

(+)
1. Lokasi, lokasi, lokasi. Akses mudah untuk pengangkutan awam mahupun berjalan kaki untuk ke tempat-tempat menarik dalam bandar Sapporo.
2. Ada internet wifi. Laju.
3. Bilik bersih, tandas bersih, sento bersih.
4. Paip air termasuk di tempat cuci muka ada air panas/air sejuk.
5. Bantal, selimut, cadar, penyangkut baju  'hanger', sabun, syampu, pengering rambut disediakan.
6. Mesin basuh 'coin laundry' ada.
7. Boleh pinjam seterika dan extension plug.
8. Takde 'curfew'. Boleh keluar masuk sesuka hati pada bila-bila masa.
9. Bangunan 5 tingkat---ada lif.
10. Terletak di kawasan yang aman tenteram. Kebanyakkan bangunan di sini sama ada hotel, pejabat ataupun kediaman persendirian.
11. Nama jalan mudah diingati. North 6 West 6.
12. Harga berpatutan.

(-)
1. Bilik mandi di tingkat paaaaaling bawah---B1.
2. Katil double decker. (Sebab peak season 'Sapporo Snow Festival'. Bilik jenis lain pun penuh.)
3. Ada dua soket dalam bilik. Jadi, bila duduk ramai-ramai dalam dorm, kena pasang extension plug.
4. Tiada ruang dinding 'cubicle' di shower area sento.
5. Bangunan, tiles agak lama
6. 'Reception' bukan dibuka 24 jam.

Menginap di asrama belia Sapporo House
Kami di hadapan Sapporo House Youth Hostel

Kesimpulannya, ok lah menginap di sini.
Selama duduk sini, saya balik dorm dalam pukul 11 malam, kemudian pergi mandi, berendam dalam sento, dan tidur. Memang nyenyak! Sebab waktu siang jadual penuh dengan program, waktu malam je lah yang ada untuk bersiar-siaran sendiri. Mandi air panas tu pun membantu menghilangkan lenguh di badan dan kaki setelah seharian penat berjalan. Ye lah, nak datang sini bukan mudah. Tiket penerbangan pun bukan murah. Bila dapat peluang berjalan tu, kita enjoy sepuasnya, ye tak? hehe
(Sumber gambar: Masnoor Mohammad)

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...