Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Translate

Merlimau

Lagi beberapa hari saya akan bertolak ke Taiwan. 'Countdown' sudah bermula. Keceriaan Malaysia menjadi tuan rumah sukan SEA pada tahun ini juga meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia membuat saya berkobar-kobar untuk balik ke kampung buat kali terakhir sebelum 'fly' dan melawat tempat bersejarah yang kebetulan terletak berhampiran kampung saya.  Kepulangan ke rumah atuk nenek di Merlimau, Melaka kali ini pada akhir Ogos.   Perjalanan bas ekspres Mayang Sari dari Johor Bahru ke Muar akan melalui Jalan Salleh. Jalan tersebut dinamakan sempena Dato Bentara Luar Muhammad Salleh Perang. Lebuh AMJ yang menghubungkan kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin. Kampung saya di Pekan Merlimau Kucing betina peliharaan nenek bernama Popo menyambut kepulangan kami. Rutin bulanan atuk, memotong rumput di halaman rumah. Atuk menjual sendiri  durian kampung yang diambil dari kebunnya. Mak menemani nenek menghadiri temujanji doktor di Hospi

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca