Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2017

Translate

Huayu Enrichment Scholarship: The Interview

Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk belajar mandarin di National Cheng Kung University (NCKU). Permohonan tempat belajar beres. Nak belajar kena ada duit kan. Salah satu cara untuk meringankan beban kewangan adalah dengan memohon biasiswa.  Seperti yang saya ceritakan di post sebelum ini, saya ada memohon Huayu Enrichment Scholarship (HES).  Permohonan biasiwa Huayu lebih kurang sama seperti memohon tempat belajar di MTC. Selain perlu  mengisi borang, saya juga perlu kepilkan dokumen yang dipinta: sekeping gambar salinan passport salinan transkrip akademik, saya sertakan sekali CV 'recommendation letter' tidak perlu, tetapi perlu isi nama 'referral', 3 orang. Saya tulis nama C rakan sekuliah di UTM, E yang merupakan sahabat baik saya semasa menjalani latihan dalam kamar 'chambering' dan kak L yang bagi semangat untuk saya memohon biasiswa Huayu ni. Tambahan pula, calon perlu menulis karangan.  "Briefly state your study plan in Taiwan&q