Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2014

Translate

Back to School Party

Selain tugas hakiki sebagai Pelatih dalam Kamar 'chambering' menguruskan fail, mendraf surat menyurat, nasihat guaman, turun naik mahkamah, pergi 'signing'....kami juga diberi tanggungjawab besar untuk menganjurkan Annual Dinner! Setahun sekali sahaja acara ini berlangsung, maka terasa beban sungguh untuk memberikan yang terbaik untuk memuaskan hati staff dan peguam! Tema yang dipilih untuk tahun ini adalah 'Back to School' . Inspirasi hiasan dan rekaan seni diambil daripada rancangan TV popular Oh My English. Kami diketual oleh En Z dan R. Jawatankuasa pelaksana dan penggerak acara D&D ini diberi nama GENG BAS SEKOLAH ! Teruja sungguh masing-masing untuk memikirkan apakah 'costume' yang bakal digayakan bertepatan dengan tema acara. Siap ada lencana sekolah Lakaran awal pentas Rekaan comel photobooth 'bas mini' Situasi di Orchid Ballroom, Hotel Thistle pada pukul 10 pagi. Ada masa lagi nak siapkan pentas, da