![]() |
Selain tugas hakiki sebagai Pelatih dalam Kamar 'chambering' menguruskan fail, mendraf surat menyurat, nasihat guaman, turun naik mahkamah, pergi 'signing'....kami juga diberi tanggungjawab besar untuk menganjurkan Annual Dinner! Setahun sekali sahaja acara ini berlangsung, maka terasa beban sungguh untuk memberikan yang terbaik untuk memuaskan hati staff dan peguam! |
Tema yang dipilih untuk tahun ini adalah 'Back to School'. Inspirasi hiasan dan rekaan seni diambil daripada rancangan TV popular Oh My English. Kami diketual oleh En Z dan R. Jawatankuasa pelaksana dan penggerak acara D&D ini diberi nama GENG BAS SEKOLAH! Teruja sungguh masing-masing untuk memikirkan apakah 'costume' yang bakal digayakan bertepatan dengan tema acara.



Siap ada lencana sekolah

Lakaran awal pentas



Rekaan comel photobooth 'bas mini'

Situasi di Orchid Ballroom, Hotel Thistle pada pukul 10 pagi. Ada masa lagi nak siapkan pentas, dan hiasan meja.







Yang belon berbentuk orang-orang ini pula inspirasi daripada trofi Akademi Fantasia!
"Menuju puncak. Gemilang cahaya. Mengukir cita. Seindah rasa. Menuju puncak. Impian di hati. Bersama janji. Azam sejati.~~~"


Lintasan zebra
Sebelum acara berlangsung secara rasmi, kami berkumpul dan dibahagikan mengikut 'costume masing-masing.



Team Cikgu

Team Budak Persatuan

Team Pelajar Pertukaran 'Exchange'

Team Pelajar Sekolah Menengah

Team Kanak-kanak Ribena

Tidak dilupakan juga, Team Pengawas Sekolah
Perhimpunan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti ucapan Guru Besar (Managing Partner)














Persembahan Team Conveyancing. Sesi temubual oleh Maria Mariana Martopo mengenai peranan ibu bapa dalam mengatasi isu pelajar bermasalah




Persembahan Choral Speaking oleh Pelatih dalam Kamar



