Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Translate

Hokkien? Hoklo? Minnan yu? Taiyu?

#Hokkien? #Hoklo? #閩南語 #Minnan yu? #台語 #Taiyu? Kelebihan belajar dekat NCKU Chinese Language Center 成功大學華語中心 #Tainan #Taiwan berbanding di pusat bahasa yang lain adalah bahasa 台語/ taiwanese hokkien ditawarkan sebagai salah satu subjek elektif selain daripada kelas tatabahasa, peribahasa, kaligrafi, melukis, taichi dan lain-lain.  Dan dalam kelas, kami diajar slang orang #Tainan. Ada beza slang orang utara yakni Taipei dan orang yang duduk di bahagian selatan ini. Kawan Jepun & Korea pula memang minat subjek ini sebab bagi mereka ada persamaan dengan bahasa Jepun/Korea, lebih mudah untuk dipelajari berbanding mandarin. ⬆️ Syarahan ringkas oleh @bitesize_tw bagi memahami latar belakang bahasa ini @taclorg  #taiwanfest #台灣 #臺灣 #台湾 Video penuh: https://www.facebook.com/watch/?v=2084071348390168 PPT Slide: https://drive.google.com/file/d/1N3o8M_WwgGP-iJrJmLp266rz6244IlcQ/view

Buku Cerita Arab Kamil Kilani

  Ketika ditanya kepada Dr V Abd Raheem tentang #buku cerita yang bagus dibaca dan dipelajari seiring dengan buku-buku tulisan beliau(bermula buku² Bahasa #Arab Madinah), beliau mencadangkan buku tulisan Syaikh Kamil Kilani.  Kata beliau: السلام عليكم ورحمة الله وبركاته. المشكلة أن الذين يكتبون قصصا للاطفال في عصرنا هذا لا يلتزمون بقواعد النحو، فتجد في قصصهم أخطاء لغوية كثيرة.  من مؤلفي قصص الاطفال باللغة الصحيحة 《 كامل الكيلاني》من *سوريا. عاش قبل مدة طويلة. ابحث في الشبكة عن قصصه، فاذا وجدت شيئا منها فاقتنه. هذا، والله يحفظك، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته. . Assalamualaikum WBT. Masalahnya, mereka yang menulis cerita kanak-kanak di zaman ini tidak menjaga kaedah tatabahasa. Nanti kamu akan berjumpa banyak kesalahan bahasa di dalam cerita mereka. Antara penulis cerita kanak-kanak yang menggunakan bahasa dengan betul ialah Kamil Kilani rhm yang berasal dari Syiria*. Dia hidup lama sebelum ini. Cari buku-buku ceritanya dalam laman web. Jika kamu menjumpainya, maka manfaatkan sebetul-b

Belajar Bahasa Arab dengan Nouman Ali Khan

 

Kelas Jawi

Memperkenalkan ‘ilmu Bahasa Jawi yang hampir pupus: ‘Ilmu Menggalur Bahasa. Kelas Bahasa Jawi dalam Talian anjuran Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media Disebabkan permintaan tinggi - kami bercadang untuk memulakan kelas Bahasa Jawi secara dalam talian. Maklumat kelas: Setiap Rabu  8.30 - 10.30 malam Kelas akan diadakan menggunakan perisian Zoom Sharat asas:  Boleh berbahasa Melayu Tekun dan Setia berkelas Yuran: Tiada yuran untuk kelas.  Tetapi perlu memiliki 3 bahan bacaan berikut: - A Malay-English Dictionary, Harga: RM140 - Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu, Harga: RM55 - Pengantar ‘Ilmu Jawi, Harga: RM25 - Rumuz al-Jawiyyah, Harga: RM5 - Risalah Bahasa Jawi, Harga: RM5 Boleh membeli secara berpakej melalui pautan di komen Jika berminat, isi borang ini untuk dapatkan pautan kelas dalam talian: https://tinyurl.com/kelasbahasajawi --- Pelajaran pertama ialah mengenal huruf - iaitu mengenai titik dan rumah huruf, serta huruf bersambung dan huruf yang bercerai. Teks Jawi yang bakal dig

BBQ

 

Hutan Bandar MBJB

Kampung Sungai Melayu

Sempena cuti Merdeka ini, luangkan masa jalan-jalan melancong tempat sendiri menaiki bot dengan Sungai Melayu Eco Tourism🚤  Dekat mana ni? Tempat ini dekat dengan Marlborough College, Iskandar Puteri. Juga dikenali sebagai tempat makan asam pedas ikan sembilang.  Pelancongan ekologi di sini diperkenalkan sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh Koperasi Penduduk Kampung yang bernaung bawah IRDA. Menurut pengurusnya Puan Sharifah, ada lebih kurang 1,000 orang penduduk menetap di sini. Ada apa di sini ek? Nak datang naik bot sini kena tempah dulu. Setiap slot ada 10 bot. Nelayan di sini keluar seawal 4 pagi mencari rezeki. Masa siang yang terluang digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar. Program inap desa ‘homestay’ juga ada di sini.  Kata En Halim yang bawa kami naik bot, hasil tangkapan di sini ikan, kupang, udang, dan ketam kebanyakannya dibawa ke Pasar Taman Universiti untuk dijual. Nelayan dekat sini dah biasa bawa orang jalan termasuklah pelabur asing yang kemungkinan datang