Skip to main content

Translate

Kelas Jawi


Memperkenalkan ‘ilmu Bahasa Jawi yang hampir pupus:

‘Ilmu Menggalur Bahasa.


Kelas Bahasa Jawi dalam Talian

anjuran Akademi Jawi Malaysia - Klasika Media


Disebabkan permintaan tinggi - kami bercadang untuk memulakan kelas Bahasa Jawi secara dalam talian.


Maklumat kelas:


Setiap Rabu 

8.30 - 10.30 malam

Kelas akan diadakan menggunakan perisian Zoom


Sharat asas: 

Boleh berbahasa Melayu

Tekun dan Setia berkelas


Yuran:

Tiada yuran untuk kelas. 


Tetapi perlu memiliki 3 bahan bacaan berikut:


- A Malay-English Dictionary, Harga: RM140

- Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu, Harga: RM55

- Pengantar ‘Ilmu Jawi, Harga: RM25

- Rumuz al-Jawiyyah, Harga: RM5

- Risalah Bahasa Jawi, Harga: RM5


Boleh membeli secara berpakej melalui pautan di komen


Jika berminat, isi borang ini untuk dapatkan pautan kelas dalam talian:

https://tinyurl.com/kelasbahasajawi

---

Pelajaran pertama ialah mengenal huruf - iaitu mengenai titik dan rumah huruf, serta huruf bersambung dan huruf yang bercerai.


Teks Jawi yang bakal digunakan untuk kelas pertama ini ialah Batu Bersurat Terengganu (BBT), bertarikh 1303 M. 


BBT membolehkah kita meneroka prinsip-prinsip asas huruf Jawi dan memahirkan membaca manuskrip dan naskhah Jawi yang terdapat dalam pelbagai bentuk.


Jika anda tidak mahir membaca Jawi, kami fikir ini adalah peluang terbaik anda untuk mengukuhkan pengetahuan mengetahui huruf Jawi.


Jika anda sudah tahu membaca Jawi, ini adalah peluang untuk anda mentela‘ah semula ‘ilmu Jawi - sebagai sebuah bahasa.


Kita akan lihat perkembangan kemahiran Jawi dengan membandingkan pembacaan BBT pada kelas pertama dan pembacaan BBT pada kelas terakhir nanti.


***


Dalam kelas ini juga kami bercadang untuk membaca dan merumus beberapa kitab penting ‘ilmu Bahasa Jawi, seperti:


- Bustan al-Katibin dan oleh Raja ‘Ali Haji

- Kitab Nahu Jawi: Petuturan Melayu oleh Dato' Abdu'Llah Abdu'r-Rahman,  

- Kitab Nahu Jawi: Lidah Melayu oleh Ahmad Ya‘qub al-Johori.


Kita juga akan meninjau beberapa qamus turath Jawi, seperti:


- Kitab Pengetahuan Bahasa oleh Raja ‘Ali Haji

- A Malay-English Dictionary, RJ Wilkinson

- Qamus al-Hamidi oleh al-Haji ‘Abd al-Hamid bin Ahmad Melaka

- Ta‘rifat Jawi, Tuan Guru Haji Ibrahim Hj Jusoh

- Buku Katan Melayu

- Qamus Melayu oleh Haji Shams al-Din bin Muhammad Yunus


Tambahan, kita akan meruju' naskhah-naskhah kajian Jawi kontemporari seperti


- A Handbook of Malay Script oleh M.B. Lewis

- Rahsia Ejaan Jawi oleh Za‘ba

- Pengantar ‘Ilmu Jawi oleh Kang Kyeong Seok dan Muhammad Syukri Rosli 

- Pandai Jawi oleh Matlob

- Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan oleh DBP


dan lain-lain judul yang akan kita tinjau bersama.


Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

成語: 季節氣候

春: 春暖花開,萬紫千紅 夏: 烈日炎炎,暑氣蒸人 秋: 秋高氣爽,橙黃橘綠 冬: 天寒地凍,冰天雪地 春暖花開  chūn nuǎn huā kāi (spring has come and flowers are in bloom) 春天天氣暖和,花都開了 春天氣候溫暖,百花盛開,景色優美 比喻遊覽,欣賞的好時機 春暖花開 春暖花開    的   ___ 過了冬季,各地 春暖花開 ,正是欣賞美景的好機會。 春暖花開 ,公園裡都是帶著孩子出來玩的父母。 現在是 春暖花開 的季節,也是上山賞花的好時間。 雨過天晴  yǔ guò tiān qíng (sky clears after rain) (new hope after a disastrous period) 下過雨後,天空放晴 比喻情況由壞轉好 一夜大雨後, 雨過天晴。 這次的經濟危機終於過去,  雨過天晴 了。 今天真是諸事不順的一天,還好今天快過去了,希望明天一切都能 雨過天晴。 雲淡風輕  yún dàn fēng qīng (light and relaxing) 徵風輕拂,浮雲淡薄 形容天氣晴好。 指人生經過許多困難以後, 心境變得成熟,不會過度在乎的樣子 周日天氣晴朗, 雲淡風輕 。 經過許多年的經歷,他對很多事情都是 我媽媽年輕的時候經過很多困難的事,所以她現在對一些事情都是 雲淡風輕 的 。 昏天黑地  hūn tiān hēi dì ( dark sky and black earth) (pitch black-disorderly/ troubled times) 形容天色昏暗 比喻黑暗混亂 負敗的政府把社會造成 昏天黑地 。 看天色 昏天黑地 的樣子, 可能快要下大雨了。 因為海關出了問題,公司裡人人都忙得 昏天黑地 ,無法下班。 到了晚上, 昏天黑地 的,就更不好出去。 我剛開始工作時,因為還不太多經驗,有笨笨的樣子,每天都 昏天黑地 。 一葉知秋 yī yè zhī qiū (falling of 1 leaf signs the coming of autumn) (a s...