Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Translate

吃水果

今年九月我從馬來西亞來台灣學中文,來台灣以前,我不會說中文,所以剛來台灣學中文的時候,我常常聽不懂老師說的話。但是現在沒問題了 ! 現在我每天上午在學校上中文課,下午常跟朋友一起去打球、去圖書館或是去海邊走走。昨天我的台灣朋友請我吃了一塊芒果,我覺得台灣的芒果很香也很甜,真好吃 !       很多人說台灣的水果又多又好吃,一定要吃吃看,所以今天我跟朋友一起去買了西瓜,我們買的西瓜有黃色的也有紅色的,真漂亮 !     我覺得天氣熱的時候吃冰冰的、甜甜的西瓜最舒服了 ! 我的朋友聽了我說的話,也說 : 「對 ! 對 ! 對 ! 」天氣熱的時候吃冰西瓜最好了 ! 」你也覺得吧 ? 要是你有機會來台灣,好吃的芒果和西瓜你一定要吃吃看 !

2017 NCKU CLC AUTUMN CLASS TRIP

Yang seronoknya belajar di  NCKU CLC  , setiap semester pelajar berpeluang menyertai 2 lawatan sambil belajar iaitu lawatan separuh hari half day trip dan lawatan 1 hari one day trip ke destinasi yang ditetapkan. Tiada bayaran dikenakan. Pelajar cuma perlu membawa kad pelajar untuk masuk ke tempat-tempat lawatan. Lawatan sebegini ini adalah salah satu cara mereka mempromosi produk pelancongan di Taiwan. Untuk semester musim luruh 2017, saya berpeluang menyertai lawatan ke Anping dan Wusanto. ANPING 安平 Anping terletak lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki bas dari pusat bandar Tainan. Di Anping, kami berpeluang ke: Anping Tree House   安平樹屋 Anping Sh uwu ,  Anping Fort   安平古堡 Anping Gubao , dan  Anping Old Street  安平老街 Anping Lao Jie Anping mempunyai latarbelakang sejarah yang menarik. Anping merupakan kota perdagangan antarabangsa pertama di Taiwan. Sebelum kedatangan bangsa Eropah ke Taiwan iaitu Belanda dan Sepanyol, pedagang dan lanun dari tanah besar Cina dan

Chimei Museum

TripAdvisor: #1 of 292 things to do in Tainan CHIMEI MUSEUM 奇美博物館 Qimei Bowuguan Apa yang menarik di muzium ini?  Tiada bayaran dikenakan untuk residen! Itu yang penting hehe Rekabentuk bangunan dan kawasan yang membuatkan kita rasa berada di Eropah! Mengapa direka sedemikian? Pengasas konglomerat Kumpulan Chi Mei mendapat insipirasi dari zaman kecilnya yang suka mengunjungi muzium. Beliau berpendapat dengan harta kekayaan dan koleksi seni dan violinnya, beliau ingin mewujudkan satu muzium yang dapat dinikmati semua lapisan masyarakat tanpa perlu pergi jauh ke Eropah. "My museum serves only one purpose: to exist for the public." "Good works of art are not to be kept just for oneself to enjoy, but to be shared with the public; and a good collection should not reflect just the collector's personal tastes, but to tailor to common tastes and have enough varieties for everyone to find something to enjoy and appreciate."  Bagaimana untuk ke Ch

Alien Resident Certificate ARC

Merujuk kepada tulisan saya mengenai visa sebelum ini, saya mendapat Resident Visa untuk ke Taiwan. Terdapat terma dalam visa tersebut iaitu: "APPLY FOR ARC AT LOCAL SERVICE CENTRE OF NATIONAL IMMIGRATION AGENCY WITHIN 15 DAYS" Apakah itu ARC?  ARC ialah Alien Resident Certificate. Bila ada ARC ini, kita ada Record of ID No.. Lebih kurang macam kad pengenalan/ IC sepanjang saya berada di Taiwan. Jadi, pergi mana-mana tak perlu lah nak bawa passport. Kelebihan ada ARC ini, memudahkan proses membuka akaun bank, memohon insurans kesihatan juga kalau nak pergi tempat-tempat menarik sekitar Taiwan seperti muzium, ada diskaun ataupun memang percuma terus bagi residen!  Jadi, sejurus selesai urusan pendaftaran kelas, pihak NCKU CLC memberi kami borang membuka akaun bank Chunghwa Post (bagi urusan penerimaan duit biasiswa Huayu) dan borang memohon ARC. Mereka juga memberi tunjuk ajar macam mana nak isi borang. (P/S: banyak kali tersilap tulis tarikh, cara mereka is