Merujuk kepada tulisan saya mengenai visa sebelum ini, saya mendapat Resident Visa untuk ke Taiwan. Terdapat terma dalam visa tersebut iaitu:
"APPLY FOR ARC AT LOCAL SERVICE CENTRE OF NATIONAL IMMIGRATION AGENCY WITHIN 15 DAYS"
Apakah itu ARC?
ARC ialah Alien Resident Certificate. Bila ada ARC ini, kita ada Record of ID No.. Lebih kurang macam kad pengenalan/ IC sepanjang saya berada di Taiwan. Jadi, pergi mana-mana tak perlu lah nak bawa passport. Kelebihan ada ARC ini, memudahkan proses membuka akaun bank, memohon insurans kesihatan juga kalau nak pergi tempat-tempat menarik sekitar Taiwan seperti muzium, ada diskaun ataupun memang percuma terus bagi residen!
Jadi, sejurus selesai urusan pendaftaran kelas, pihak NCKU CLC memberi kami borang membuka akaun bank Chunghwa Post (bagi urusan penerimaan duit biasiswa Huayu) dan borang memohon ARC. Mereka juga memberi tunjuk ajar macam mana nak isi borang. (P/S: banyak kali tersilap tulis tarikh, cara mereka isi tarikh disini dimulai dengan tahun, bulan akhir sekali haribulan).
Permohonan ARC untuk tempoh setahun ialah sebanyak 1,000 TWD.
Dekat mana nak buat ARC ini?
Di Tainan First Service Center atau lebih dikenali sebagai 'castle'! Naik teksi/ bas dalam 10-15 minit dari NCKU.
Kalau nak naik bas, beli dulu EasyCard atau 悠遊卡youyouka di mana-mana kedai serbaneka 7-11, Family Mart,,,Boleh naik bas no. 6, bas no. 0,bas no 14, berhenti di National Tainan Living Art Center. Kalau naik bas no 77, berhenti di Carrefour kemudian jalan kaki dalam 5 minit.
Perhentian bas terdapat di sekitar Zenda Suites, Shengli Lu, NCKU. Ada wifi percuma di perhentian bas ini.
ARC Perlu Diperbaharui setiap Semester
Di NCKU CLC, setiap tahun mempunyai 4 semester iaitu musim luruh, sejuk, bunga dan panas. ARC yang saya pegang mempunyai tempoh hayat 1 semester iaitu lebih kurang 3 bulan.
Bagaimana ingin memperbaharui ARC?
Bagi pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke semester seterusnya, setiap kali sebelum habis satu semester, pelajar dikehendaki membayar yuran terlebih dahulu untuk semester akan datang. Pelajar juga perlu memohon dokumen daripada pihak NCKU CLC yang diperlukan untuk memperbaharui ARC mereka.
Apakah dokumen itu?
2 dokumen penting tersebut adalah Dokumen Pendaftaran Pelajar 'Enrollment Certificate' dan Rekod Kehadiran Pelajar 'Attendance Record'. Pelajar juga perlu membawa sekeping gambar setiap kali mengisi borang renew ARC. Borang renew ARC tersebut boleh didapati secara percuma di 'castle'. Saya percaya ini sebagai langkah berjaga-jaga oleh pihak imigresen dan pihak kementerian agar memastikan pelajar sentiasa menghadiri kuliah dan memberi perhatian terhadap pelajaran.
2 dokumen penting tersebut adalah Dokumen Pendaftaran Pelajar 'Enrollment Certificate' dan Rekod Kehadiran Pelajar 'Attendance Record'. Pelajar juga perlu membawa sekeping gambar setiap kali mengisi borang renew ARC. Borang renew ARC tersebut boleh didapati secara percuma di 'castle'. Saya percaya ini sebagai langkah berjaga-jaga oleh pihak imigresen dan pihak kementerian agar memastikan pelajar sentiasa menghadiri kuliah dan memberi perhatian terhadap pelajaran.
Studying Mandarin language (The extension must be done in person.)
1- Enrollment Certificate
Proof of registration and class schedule from an approved university language center
2- Attendance record (The first time extension does not need to hand in the attendance records.)