Skip to main content

Translate

Singapore Day Trip (Bhg. 2)


Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism.
mrt bugis station
Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini.
restoran murtabak zam zam singapura
Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini.
front view
restoran minang
Istana Kampong Glam
taman warisan melayu front view
istana kampong glam
heritage trail
Restoran Mamanda
restoran mamanda
Dari North Bridge Road ke Jalan Sultan...terdapat sebuah restoran sup tulang merah di sini tetapi hanya dibuka mulai lewat petang hingga ke awal pagi...
jalan sultan road
Oleh itu, dari Jalan Sultan kami melintas jalan ke Golden Mile Food Center, Beach Road untuk makan tengah hari. Senang sahaja nak cari. Golden Mile Food Center ini ialah sebuah 'food court'. Terletak di kawasan kediaman Beach Road, bersebelahan dengan Masjid Hajah Fatimah dan Kelab Masyarakat Kampung Glam.
golden mile food complex at beach road
kelab masyarakat kampong glam
tempat makan sedap di golden mile complex beach road
kedai makan ma deen biasa
Ada beberapa kedai menjual sup tulang merah. Satu set paling kecil berharga $8-10. Boleh tambah roti. Kalau tak habis, boleh tapau bawa balik. Boleh juga minta sarung tangan plastik. Mee hoon goreng $4. Air tebu $2. Banyak juga kedai makan guna nama 'Deen'. Ini kisahnya...
makan sup tulang merah cicah roti
makan sup tualng merah
sup tulang merah red bone mutton soup
mee hoon goreng
 Untuk cari makanan halal di Singapura, boleh baca lanjut di sini:

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...