Semasa sesi taklimat pada Majlis Penyampaian Anugerah, kami diberi penerangan tentang cara untuk memohon visa residen. Selain perlu mengisi borang dan menyediakan dokumen, kami perlu membuat pemeriksaan kesihatan 'Health Certificate for Residence Application'. Senarai klinik panel didapati daripada laman web The Federation of Alumni Associations of Taiwan Universities, Malaysia 'FAATUM'.
Daripada senarai klinik panel tersebut, saya telah memilih dan membuat panggilan untuk temujanji pemeriksaan kesihatan di Klinik Ong di Taman Tun Aminah. Penampilan Dr Ong persis datuk saya di kampung. Beliau pernah belajar di Taipei Medical University. Layanan di kaunter oleh Ms Ong juga mesra.
- Sebelum datang ke klinik, saya dimaklumkan oleh Ms Ong untuk membawa tahi di dalam botol...untuk tujuan pemeriksaan parasit. Selain itu,
- Pemeriksaan kulit (Hansen's Disease),
- sampel darah (Serological Tests for Syphilis)
- x-ray (Chest X-Ray for Syphilis)
- juga suntikan (measles rubella) perlu diambil.
Pemeriksaan xray dibuat di Klinik Tun Aminah.
Ambil masa dalam 4 jam untuk selesaikan hal-hal pemeriksaan seperti yang dinyatakan di atas. 2 hari selepas itu, saya berjumpa Dr Ong sekali lagi untuk mengambil laporan perubatan. Alhamdulillah. Lampu hijau. Lulus semua. Boleh teruskan dengan permohonan visa.