Lagi beberapa hari saya akan bertolak ke Taiwan. 'Countdown' sudah bermula. Keceriaan Malaysia menjadi tuan rumah sukan SEA pada tahun ini juga meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia membuat saya berkobar-kobar untuk balik ke kampung buat kali terakhir sebelum 'fly' dan melawat tempat bersejarah yang kebetulan terletak berhampiran kampung saya. Kepulangan ke rumah atuk nenek di Merlimau, Melaka kali ini pada akhir Ogos.
Perjalanan bas ekspres Mayang Sari dari Johor Bahru ke Muar akan melalui Jalan Salleh. Jalan tersebut dinamakan sempena Dato Bentara Luar Muhammad Salleh Perang.
Lebuh AMJ yang menghubungkan kawasan Alor Gajah, Melaka Tengah dan Jasin.
Kampung saya di Pekan Merlimau
Kucing betina peliharaan nenek bernama Popo menyambut kepulangan kami.
Rutin bulanan atuk, memotong rumput di halaman rumah.
Atuk menjual sendiri durian kampung yang diambil dari kebunnya.
Mak menemani nenek menghadiri temujanji doktor di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.
Hidangan sarapan yang saya gemari sewaktu balik kampung. Nasi lemak wajib ada!
Nasi lemak RM1.00
Nasi lemak RM1.50
Melawat Galeri Demang Abdul Ghani yang terletak tidak jauh dari stesen minyak Petronas Merlimau.
Makam Tun Teja
Perigi Portugis