Skip to main content

Translate

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah, post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati...
singapore panorama view

Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books'. Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel.
Bugis Junction
singapore national library ground level
Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times> On the Trails of Malay Manuscripts
singapore national library view
tales of the malay world banner
Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.'
learning malay
kitab
syair
Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca dan menghayati bahan pameran. Ada bahan pameran diterbangkan dari UK dan Belanda. Juga terdapat tayangan pendek filem Singapura Dilanggar Todak dan  Hang Tuah. Kami beredar untuk solat asar di Raffles City dan menuju ke tempat lawatan seterusnya.

Di Raffles City, ruang solat disediakan di L2 berdekatan kedai Warehouese dan Dorothy Perkins. Dinasihatkan bawa spray atau botol air untuk berwuduk.

Kedua, kami melawat National Gallery Singapore. Rasa teruja melihat bangunan yang sangatlah besar. Macam di US/ Eropah. Dahulunya merupakan bangunan Mahkamah Agung/ Supreme Court & City Hall. Dari depan bangunan boleh nampak Marina Bay Sands. Niat asal nak lihat pameran 'Yayoi Kusama:Life is the Heart of a Rainbow' di tingkat 3. Seorang artis Jepun yang disegani dengan imaginasi dunia polkadotnya. Tiket masuk $25 dollar. Tapi ramai pula beratur nak beli tiket. 'Waiting time' 2 jam..... Akhirnya, pergi lawat pameran percuma di tingkat 2 dan 4. Menarik juga. Dahlah masuk percuma, berbaloi pula menjamu mata melihat hasil karya seni yang unik!

Pemandangan laluan pejalan kaki menuju galeri
singapore national gallery front view
yayoi kusama big yellow polkadot ball
Pameran lukisan 'Wu Guanzhong: A Walk through Nature', 'Rediscovering Treasures: Ink Art from the Xiu Hai Lou Collection' dan 'Strokes of Life: The Art of Chen Chong Swee'. Ada di antaranya dilukis di atas kain sutera.
Wu Guanzhong Xiu Hai Lou Chen Chong Swee collection
see art collection
art collection
Juga terdapat pameran seni bina 'Listening to Architecture: The Gallery's Histories and Transformations' mengenai pengubahsuaian galeri daripada sebuah bangunan mahkamah dan dewan bandaraya.
architecture gallery
former supreme court

Kemudiannya, kami singgah solat maghrib di bangunan bersebelahan galeri iaitu Adelphi di aras 3 (Quick Reference Guide for Musholla and Masjid Locations around Singapore). Kami balik menaiki MRT City Hall. Bayar $2.50 dollar untuk tiket perjalanan balik MRT. RM3/ $1 untuk naik bas ke CIQ Johor.
singapore mrt city hall station front view

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...