Skip to main content

Translate

2017 NCKU CLC AUTUMN CLASS TRIP

Yang seronoknya belajar di NCKU CLC , setiap semester pelajar berpeluang menyertai 2 lawatan sambil belajar iaitu lawatan separuh hari half day trip dan lawatan 1 hari one day trip ke destinasi yang ditetapkan. Tiada bayaran dikenakan. Pelajar cuma perlu membawa kad pelajar untuk masuk ke tempat-tempat lawatan. Lawatan sebegini ini adalah salah satu cara mereka mempromosi produk pelancongan di Taiwan. Untuk semester musim luruh 2017, saya berpeluang menyertai lawatan ke Anping dan Wusanto.

ANPING安平


Anping terletak lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki bas dari pusat bandar Tainan. Di Anping, kami berpeluang ke:
  • Anping Tree House 安平樹屋Anping Shuwu
  • Anping Fort 安平古堡 Anping Gubao, dan 
  • Anping Old Street 安平老街 Anping Lao Jie
Anping mempunyai latarbelakang sejarah yang menarik. Anping merupakan kota perdagangan antarabangsa pertama di Taiwan. Sebelum kedatangan bangsa Eropah ke Taiwan iaitu Belanda dan Sepanyol, pedagang dan lanun dari tanah besar Cina dan Jepun sudah pun berurusniaga di sini. Keistimewaan Anping ialah ia mempunyai tanah dan hilir sungai yang sesuai untuk kapal berlabuh. Sejak abad ke 16, laluan Asia Timur pesat dengan kedatangan pedagang dari Barat. Belanda yang memerintah di Anping ketika itu ( 1624-1661) telah membina sebuah kota Anping Fort/ Fort Zeelandia sebagai pusat politik dan ekonominya.

Pada tahun 1661, Koxinga telah berundur dari Tanah Besar China ke Taiwan dan berjaya mengalahkan Belanda dalam beberapa siri serangan. Koxinga kemudiannya mengasaskan Kingdom of Tungning dan merupakan dinasti atau keturunan Han yang pertama memerintah Taiwan. Ketika pemerintahnnya, Koxinga telah mengubah nama Taoyuan ke Anping dan mengekalkan statusnya sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi juga pusat perdagangan antarabangsa.

Pada zaman pemerintahan anak Koxinga iaitu Zheng Jing, beliau aktif menggalakkan orang asing datang berdagang di Taiwan. Selepas Taiwan diambil alih oleh Dinasti Qinq, Anping berubah dan hanya berurusniaga dengan pedagang dari Cina sahaja coast-to-coast business.

1858, Dinasti Qing kalah dalam Perang Opium ke-2 the Second Opium War dan terpaksa akur menandatangani Treaty of Tientsin/ Tienjin bersama Rusia, US, UK dan Perancis. Anping seterusnya dibuka semula untuk perdagangan antarabangsa. Syarikat antarabangsa yang berusniaga di Anping antaranya Tait & Co., Jardin Matheson, Boyd, Wright & Co. dan Julius Mannich. Tait & Co. merupakan syarikat yang terbesar beroperasi di Anping. Sewaktu Jepun datang menjajah Taiwan pada 1895, ia telah memotong banyak keuntungan yang diperolehi syarikat-syarikat tersebut dan mengawal pasaran gula, iaitu komoditi dagangan yang yang paling utama di Taiwan. Selain gula, Taiwan turut mengeksport kunyit, buah longan, kacang dan minyak bijan. Oleh yang demikian, banyak syarikat mengalami kerugian dan menutup operasi mereka. Bangunan-bangunan syarikat tersebut seterusnya diambil alih oleh kerajaan Jepun dan syarikat Jepun.


Rumah Pokok Anping Tree House 安平樹屋Anping Shuwu dahulunya merupakan gudang Tait & Co. Merchant House. Pada zaman pemerintahan Jepun, ia merupakan gudang garam bagi Japanese Salt Corporation dan mempunyuai keluasan sebanyak 4,600 meter persegi. Ketika Perang Dunia ke-2, ia merupakan gudang garam utama di Taiwan. 
Tak sangka banyak rupanya bunga raya di kawasan sekitar ini.
Dari Tait & Co, boleh nampak menara Anping Fort.

Kubu Anping Anping Fort 安平古堡 Anping Gubao atau nama lamanya Kubu Zeelandia Fort Zeelandia 熱蘭遮城 Relanzhe Cheng dibina oleh Belanda pada awal abad ke 17 sebagai kubu pertahanan dari serangan luar. 

Menariknya, batu-bata yang digunakan untuk membina dinding kubu ini dibawa dari Batavia (Jakarta) yang ketika itu juga diperintah oleh Belanda. Oleh kerana belum wujudnya simen pada zaman itu dinding batuan ini diperbuat daripada campuran gula, pasir, pulut dan kulit kerang.

Anping Old Street 安平老街 Anping Lao Jie
Hidangan shimuyu 虱目魚 macam sup ikan, agak berkrim dan pekat kuahnya dimakan bersama halia.


WUSANTO

Wusanto 烏山頭  merupakan sebuah kawasan tadahan air. Ia mempunyai sebuah empangan yang dibina oleh seorang arkitek Jepun. Ketika dibina pada tahun 1930, ia merupakan empangan yang terbesar di Asia pada ketika itu.

Aktiviti kami di sini adalah bermain permainan ala explorace di mana kami dikehendaki menyelesaikan setiap tugasan yang diberi di setiap checkpoint dan seterusnya makan BBQ! Bagi saya agak pelik sebenarnya makan BBQ waktu tengah hari! Pengalaman pertama kali. Rupanya memang hobi orang Taiwan di hujung minggu, berkhemah bersama keluarga di tempat sebegini dan berBBQ. Banyak betul meja BBQ dekat sini.
Kelas A1!
Hidangan vegetarian
Image may contain: 1 person, crowd, sky and outdoor

(Sumber gambar: Facebook NCKU CLC)

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

成語: 季節氣候

春: 春暖花開,萬紫千紅 夏: 烈日炎炎,暑氣蒸人 秋: 秋高氣爽,橙黃橘綠 冬: 天寒地凍,冰天雪地 春暖花開  chūn nuǎn huā kāi (spring has come and flowers are in bloom) 春天天氣暖和,花都開了 春天氣候溫暖,百花盛開,景色優美 比喻遊覽,欣賞的好時機 春暖花開 春暖花開    的   ___ 過了冬季,各地 春暖花開 ,正是欣賞美景的好機會。 春暖花開 ,公園裡都是帶著孩子出來玩的父母。 現在是 春暖花開 的季節,也是上山賞花的好時間。 雨過天晴  yǔ guò tiān qíng (sky clears after rain) (new hope after a disastrous period) 下過雨後,天空放晴 比喻情況由壞轉好 一夜大雨後, 雨過天晴。 這次的經濟危機終於過去,  雨過天晴 了。 今天真是諸事不順的一天,還好今天快過去了,希望明天一切都能 雨過天晴。 雲淡風輕  yún dàn fēng qīng (light and relaxing) 徵風輕拂,浮雲淡薄 形容天氣晴好。 指人生經過許多困難以後, 心境變得成熟,不會過度在乎的樣子 周日天氣晴朗, 雲淡風輕 。 經過許多年的經歷,他對很多事情都是 我媽媽年輕的時候經過很多困難的事,所以她現在對一些事情都是 雲淡風輕 的 。 昏天黑地  hūn tiān hēi dì ( dark sky and black earth) (pitch black-disorderly/ troubled times) 形容天色昏暗 比喻黑暗混亂 負敗的政府把社會造成 昏天黑地 。 看天色 昏天黑地 的樣子, 可能快要下大雨了。 因為海關出了問題,公司裡人人都忙得 昏天黑地 ,無法下班。 到了晚上, 昏天黑地 的,就更不好出去。 我剛開始工作時,因為還不太多經驗,有笨笨的樣子,每天都 昏天黑地 。 一葉知秋 yī yè zhī qiū (falling of 1 leaf signs the coming of autumn) (a s...