Skip to main content

Translate

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini...

Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 tahun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese) di National Taiwan University (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship! 

Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO), ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan: 
  • MOE Taiwan Scholarship
  • MOST Taiwan Scholarship
  • MOE APEC Scholarship
  • ICDF Scholarship
  • Taiwan Fellowship
  • Research Grant.
    .
    .
    dan
    .
  • MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu! 

31.3.2017! 
Macam seronok je belajar bahasa dekat tempat orang tapi sempat ke nak mohon?!!!
_____________________________

APAKAH ITU HUAYU ENRICHMENT SCHOLARSHIP (HES)?

1. Tujuan: Huayu Enrichment Scholarship merupakan biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Taiwan untuk mereka yang berminat mempelajari bahasa mandarin di Republik China, Taiwan. Ia juga merupakan tawaran terbaik dengan menyediakan peluang dan kesempatan mempelajari budaya dan masyarakat tempatan Taiwan (yang tidak dinafikan jarang kita dengari atau ketahui berbanding jiran-jiran Asia Timur yang lain)

2. Jumlah biasiswa yang diberikan ialah sebanyak 25,000 Taiwan Dollar sebulan, lebih kurang RM 3,500.

3. Tempoh pengajian: Paling minima 2 bulan atau mengikut musim (panas, luruh, sejuk, bunga) - 3, 6, 9 bulan, 1 tahun. Biasiswa dibiayai bermula tarikh pendaftaran pelajar di Mandarin Training Center (MTC) 

4. Antara syarat-syarat memohon biasiswa:
  • Bukan berasal dari Taiwan, Tanah Besar China, Hong Kong, atau Macao
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Memiliki rekod prestasi akademik yang baik
  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil sekolah menengah/ diploma
  • Tidak pernah berdaftar belajar di mana-mana MTC
  • Tidak pernah melanjutkan pelajaran di kolej atau universiti di Taiwan
5. Cara pemilihan pelajar layak mendapat tajaan Huayu Enrichment Scholarship dilakukan menerusi 2 saringan:
  • Pertama: Penilaian borang permohonan dan dokumen 
  • Kedua: Selepas penilaian tersebut, calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga
6. Borang permohonan HES: Saya muat turun daripada laman rasmi Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO). Maklumat lebih lanjut saya ceritakan di post selepas ini...
______________________________

BEST KE TAIWAN?

Best ke Taiwan? Sejujurnya, tak tahu, sebab tak pernah pergi!

Tapi ikutkan cerita kak H yang dapat biasiswa Huayu dan belajar selama 6 bulan di NTU Taipei, Taiwan sangat bersih. Ia sebuah pulau yang sangat selamat waima awak berjalan malam-malam seorang diri. Banyak 'night market' pasar malam. Makanan murah. Orangnya peramah. Tempatnya cantik. Ada bangunan yang terkenal - Taipei 101. Selain pencakar langit tersebut, Taiwan merupakan syurga untuk pencinta alam semulajadi 'outdoor nature'. Banyak bukit dan gunung untuk didaki. Hamparan pasir pantai dan deruan ombak lautan biru yang mengasyikkan menggamit pelancong untuk ke Taiwan! Dan Hafiz Hamidun pun ke Taiwan untuk berbulan madu! > Romantika Raya Taiwan

Selain Taiwan, saya cari-cari juga kalau-kalau dekat tempat lain ada menyediakan biasiswa belajar mandarin seperti di Beijing Foreign Studies University (BFSU), Beijing Language and Culture University (BLCU), Peking University, Tsinghua University... Namun rata-rata biasiswa sekiranya ada pun; khusus untuk program pengajian ijazah bagi warga pendidik (guru).
______________________________

MACAM MANA NAK PILIH MANDARIN TRAINING CENTRE (MTC)?

Syarat penting untuk melayakkan diri mendapat biasiswa HES ini adalah dengan mendapatkan tempat belajar terlebih dahulu di institut pengajian bahasa mandarin di Taiwan. Ada lebih daripada 50 pilihan 'Chinese Language Centre Affiliated to One of the Universities or Institutions Accredited by the Ministry of Education' juga dikenali sebagai Mandarin Training Centre ('MTC') yang diikitiraf oleh Kementerian Pendidikan Taiwan. Ya. Rambang mata nak pilih yang mana satu. 

Sebaiknya, dapatkan Surat Tawaran daripada MTC ini terlebih dahulu sebelum memohon biasiswa HESDi sini saya kongsikan penilaian yang saya fikirkan sewaktu memilih MTC dan 5 MTC yang saya cenderung untuk pergi:
1. Lokasi
  • 2 bandar yang saya menarik perhatian saya, Taipei & Kaohsiung. Alasan yang mudah. Penerbangan murah AirAsia menyediakan perkhidmatan penerbangan terus 'direct flight' ke destinasi-destinasi tersebut! 
  • NTU, NTNU, CCU: Terletak berdekatan satu sama lain; di tengah-tengah pusat bandar Taipei. Akses mudah untuk berjalan kaki dan menaiki pengangkutan awam seperti bas dan MRT.
  • NSYSU: Lokasi berdekatan lapangan terbang Kaohsiung dan pelabuhan Kaohsiung. Terletak di atas bukit menghadap Selat Taiwan. Kampus yang cantik di tepi pantai.
  • NCKU: Terletak di bahagian selatan Tainan, berdekatan Kaohsiung. Tainan merupakan kota sejarah Taiwan. Lokasi bersebelahan Stesen Keretapi Tainan ('within walking distance')
2. Reputasi
Antara maklumat yang saya dapati setelah membaca pelbagai blog, forum (ForumosaTealitQuoraReddit), laman rasmi dan Facebook page MTC tersebut...
  • NTU: Universiti berprestij no.1 di Taiwan. Mempunyai 2 buah MTC.
  • NTU: Chinese Language Division (CLD). MTC yang kak Halimah pergi
  • NTU: International Chinese Language Program (ICLP)Diasaskan Stanford University pada 1961. Menyediakan latihan intensif. Saiz kelas sangat kecil, ada sesi latihan individu bersama guru. Melahirkan ramai alumni ternama terdiri daripada profesor, ahli akademik dan pegawai kerajaan (PTD).
  • NTNU: Pusat bahasa mandarin yang terbesar dan tertua di Taiwan. Fakulti bahasa NTNU merupakan pelopor penulisan dan penerbitan buku latihan bahasa mandarin di Taiwan. Kevin Rudd, bekas Perdana Menteri Australia pernah menuntut di sini
  • CCU: Mempunyai pelbagai pilihan kelas. Pilihan popular dalam kalangan pekerja asing di Taiwan dan golongan ekspatriat.
  • NSYSU: Sebuah universiti penyelidikan. Pilihan popular untuk pelajar di musim panas. Akses mudah untuk beriadah dan melakukan aktiviti sukan air.
  • NCKU: Universiti yang terkenal dengan jurusan kejuruteraan dan teknikal. Selain kelas bahasa, ia menyediakan peluang kepada pelajar menyertai pertandingan seperti karaoke, perlumbaan 'Dragon Boat' dan 'Study Tour'. Satu-satunya MTC di Taiwan yang dipilih negara USA sebagai rakan kongsi untuk menyediakan latihan Chinese Critical Language Scholarship Program. Aktif di laman Facebook @nckuclc dengan memuat naik aktiviti pelajar.
3. Yuran MTC dan Sara hidup di Taiwan
  • NTU yang paling mahal, terutama sekali ICLP.
  • Sara hidup di pusat bandar Taipei paling mahal, terutama sekali untuk kos penginapan. 
4. Kemudahan Penginapan
  • NTU: Tiada penginapan disediakan. Pengalaman kak H, sewa sebuah bilik di pangsapuri.
  • NTNU: Juga tiada.
  • CCUMenyediakan khidmat tempahan hotel dan homestay.
  • NSYSU: Ada disediakan penginapan dorm dalam kampus dikenali sebagai 'International Village'
  • NCKU: Pelajar dibantu untuk menempah penginapan hostel. Pilihan sama ada Ching Yeh Dorm, Prince House, Nando Studio No. 1, Nando Studio No. 2.
    Baca lebih lanjut di sini> NCKU Dorm dan Sewa Rumah

Setelah meneliti faktor di atas dan menimbang kesulitan mengisi borang dan mengejar masa yang semakin suntuk, saya cuma menghantar permohonan ke NCKU sahaja. Borang NCKU mudah diisi. Semuanya atas talian. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Dalam 30 minit dah siap. Perlukan imbasan 'scan:
  • passport, 
  • gambar pemohon, 
  • transkrip akademik (1 halaman sahaja - pilih yang terkini), dan 
  • buku bank (1 halaman sahaja-saya menggunakan buku ASB)

Dalam masa 2 hari, dah dapat jawapan...Alhamdulillah syukur sangat-sangat! Hah, apa lagi. Permohonan ke MTC diterima. Surat tawaran dah dapat.  Tinggal lengkapkan borang permohonan Huayu Enrichment Scholarship pula.  31.3.2017 tarikh tutup permohonan. Pada 6.4.2017, saya dapat emel bahawa saya berjaya melepasi penilaian dokumen. Itu bermakna.........................................................Saya disenarai pendek untuk menghadiri temuduga!


*Vlog Joan. Dia bercerita mengenai pengalamannya memohon biasiswa Huayu dan seterusnya melanjutkan pengajian ke National Taiwan Normal University (NTNU) > YoutubeJoan Taiwan Huayu Enrichment Scholarship vlog
  • Why did Joan choose Taiwan?
  • Where did Joan get the info of scholarship? 
  • How was the process of preparing the documents? 
  • How did Joan choose the campus? 
  • How long did Joan need to prepare the documents & deadline?
  • When was the announcement? 
  • What did Joan need more after the announcement of approval? 
  • How was the visa? 
  • Flight & Baggage? 
  • What did Joan bring from Indonesia? 
  • How was the finance preparation? 
  • How did Joan pay the school? 
  • How did Joan prepare the place for living? 
  • How was the food in Taiwan? 







Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...