Skip to main content

Translate

NCKU Prince Dorm 


Sudah hampir 5 bulan saya menginap di NCKU Prince Dorm atau nama lainnya 成功大學太子宿舍/ Cheng Gong Daxue Taizi Sushe. 

Ketika memohon untuk belajar di NCKU CLC, hanya 4 dorm yang ditawarkan kepada saya iaitu: 
  • Prince Dorm
  • Ching Yeh Dorm No. 3 (terletak berdekatan dengan NCKU Hospital),
  • Academic Garden No.1 (terletak di belakang KFC Daxue Lu) dan
  • Academic Garden No. 2 (terletak berhampiran Dong An Lu)
dan.... Prince Dorm bagi saya merupakan pilihan terbaik antara 4 dorm tersebut. 
Mengapa?

Antara 4 dorm tersebut, Prince Dorm terletak di persimpangan Shengli Lu dan Daxue Lu). Ia merupakan dorm yang paling dekat dengan NCKU CLC. Berjalan kaki ke kelas mengambil masa kurang dari 10 minit. Kedudukannya juga strategik. Terdapat banyak kedai makan, stesen kereta api juga dekat...Bangunan Prince Dorm merupakan satu kompleks yang bersambung dengan hotel universiti NCKU iaitu Zenda Suites.




Kedai alat tulis 9x9


Bangunan dorm ada 14 tingkat. 
Pemandangan dari tingkat 14.


Dorm dibahagikan kepada 2 sayap. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Di kawasan lobi, terdapat sofa, tv, mesin jual minuman, makanan, gim sukan, bilik serbaguna/  bilik pingpong (percuma untuk penghuni dorm)



Boleh main pingpong secara percuma di dorm. Alatan sukan pingpong juga boleh di pinjam.

Peti surat

Lif

Double room untuk 2 orang. Bayaran bulanan 4,000 TWD. Ada tandas dalam bilik beserta water heater. Perabot di dalam bilik: Tempat letak tilam/ katil, meja belajar, meja sisi, kerusi,  dan almari. Peti sejuk, penghawa dingin perlu dikongsi bersama teman sebilik. Tiada alat pemanas heater (untuk musim sejuk) disediakan.



Pemandangan luar bilik. Hotel Zenda Suites, perpustakaan NCKU, hospital NCKU

Penghuni dorm dicaj untuk penggunaan elektrik. Penggunaan air tidak dicaj. 
Internet percuma. Cuma perlu beli router. Harga 150-500 TWD.
Atas faktor kebersihan, tilam dan bantal tidak disediakan. Jadi, penghuni dorm perlu membeli sendiri tilam/ katil dan bantal. Pada mulanya saya membeli tilam yang paling murah, saya sangkakan ia cukup selesa untuk tempoh 1 tahun berharga 350TWD. Tapi, lepas 1 minggu, dah sengal-sengal badan. Untuk tilam yang lebih selesa, harga bermula 600TWD ke atas. (Kadang-kala, di kaunter lobi dorm, terdapat barang terpakai yang percuma dan boleh diambil seperti tilam, bantal yang ditinggalkan oleh pelajar yang sudah 'checkout' dari dorm)

Gambar rak kasut bilik jiran. Kagum tengok cara dia susun barang. Kreatif. Pandai guna ruang. 


Saiz almari baju yang memadai. Siap ada soket elektrik dalam almari.

Jualan perabot di lobi dorm.


Jualan barangan terpakai di lobi dorm.
Facebook Group untuk jualan barangan terpakai. Tainan Market: Buy & Sell


Jualan perabot dan basikal oleh Carrefour. Pelajar juga boleh membeli basikal terpakai atau dapatkan basikal percuma dari pihak NCKU OIA ISAD. 

Dapur di tingkat 14 Perlu guna kad elektrik untuk memasak atas dapur elektrik. Ketuhar gelombang mikro, oven tidak perlu. Sabun dan span basuh pinggan disediakan.



Di sayap pelajar perempuan, setiap tingkat disediakan tempat pengasingan sampah dan mesin basuh baju. Mesin pengering baju dryer dan tempat sidai baju berada di tingkat 14. Setiap basuhan dikenakan bayaran 10TWD.


Latihan kebakaran yang dianjurkan oleh pihak pengurusan NCKU Prince Dorm.

Antara aktiviti yang dianjurkan oleh NCKU Prince Dorm






Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...