Skip to main content

Translate

Musim Salji di Sapporo Snow Festival (Bhg. 1)

Sapporo Snow Festival

Di benua Asia, ada 2 tempat di mana musim salji disambut secara meriah dan besar-besaran. Festival musim salji yang terkenal itu diadakan di Harbin, China dan di Sapporo, Kepulauan Hokkaido, Jepun.

Trip kami ini betul-betul dirancang oleh pihak IYEO Hokkaido supaya kena dengan tarikh Sapporo Snow Festival atau juga dikenali sebagai Sapporo Yuki Matsuri. Sejarahnya bermula apabila terdapat sekumpulan pelajar mengukir 6 arca di kawasan rekreasi Odori Park pada tahun 1950. Semenjak itu, festival ini diadakan setiap tahun bermula pada awal Februari selama seminggu. Pada masa inilah kebanyakan hotel dan tempat penginapan di bandar Sapporo habis ditempah.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
Ke mana kita ni?!
68th Sapporo Snow Festival 2017!!!

68th Sapporo Snow Festival 2017
Sapporo Snow Festival

Sebelum ke tapak Sapporo Snow Festival, dapatkan panduan rasmi seperti ini. Ianya percuma. Ia mengandungi semua maklumat mengenai Sapporo Snow Festival. Apa aktivinya. Apa arca yang akan dipamerkan. Ada juga kupon diskaun untuk promosi barangan di dalamnya.

Sapporo Snow Festival ini sebenarnya dibahagikan kepada 3 tempat:

1. Odori Park: Sepanjang Jalan Odori lah tempat festival diadakan.
2. Susukino: Khusus untuk ukiran arca ais.
3. Tsudome: Di kawasan  'dome' stadium. Indoor and outdoor activities. 
Sesuai untuk aktiviti sekeluarga.

Sapporo Snow Festival Odori Susukino Tsudome
Tsudome Sapporo Snow Festival 2017
Tsudome
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU

Kami berkumpul di bangunan Kaderu untuk sesi taklimat sebelum bergerak ke Odori Park untuk Sapporo Snow Festival. Kami dibahagikan kepada 5 kumpulan yang diketuai oleh warga tempatan iaitu pelajar-pelajar Hokkaido University dan Hokkai Gakuen University.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
Cuaca pada 6 Februari 2017

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK KADERU
Ice breaking
Dari Kaderu, cuma 5 minit berjalan kaki ke Odori Park.
Clock Tower Sapporo
Peta daripada laman rasmi Hokkaido Tourism

Sapporo Clock Tower Tokeidai

Bangunan kayu ini dibina pada tahun 1878, antara yang terawal di Sapporo. Pada asalnya, ia merupakan dewan latihan bagi Sapporo Agricultural College (sekarang dikenali sebagai Hokkaido University). Sebuah jam yang diperbuat di Boston, USA kemudiannya telah dipasang di bahagian atas bangunan ini. Menariknya, bangunan ini telah tersenarai sebagai 'Japan Important Cultural Property dan Mechanical Engineering Heritage of Japan.'


Sapporo Red Brick Akarenga
Bangunan batu merah di Sapporo
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK RED BRICK AKARENGA FORMER HOKKAIDO GOVERNMENT OFFICE BUILDING
Bangunan yang berbatu bata merah ini dahulunya menempatkan pejabat kerajaan Hokkaido. Memang cantik rekabentuknya. Lagi-lagi bila ambil gambil dengan salji putih yang melatari pemandangan.

Sempat pula kami singgah ke bangunan bersejarah di bandar Sapporo sebelum meneruskan perjalanan ke Odori Park...Di Odori Park, memandangkan bandaraya Sapporo direkabentuk seperti blok grid, maka setiap blok grid menampilkan pelbagai arca dan aktiviti sempena Sapporo Snow Festival.

Laluan berhadapan Red Brick Building menuju ke tapak utama Sapporo Snow Festival ialah Sapporo Yuki Terrace. Juga dikenali sebagai Akarenga Plaza ataupun singkatannya 'Akapla'. Bijak pihak berkuasa tempatan mereka ini merangka idea menggunakan 'public space' ataupun ruang awam sebagai lokasi santai untuk orang ramai.


Sapporo Yuki Terrace 2017
Sapporo Yuki Terrace 2017
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK SAPPORO YUKI TERRACE AKARENGA IGLOO
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK SAPPORO YUKI TERRACE AKARENGA IGLOO
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK SAPPORO YUKI TERRACE AKARENGA
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK SAPPORO YUKI TERRACE AKARENGA
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK SAPPORO YUKI TERRACE AKARENGA
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK SAPPORO YUKI TERRACE AKARENGA
Antara yang menarik adalah penyampaian ilmu sains secara santai dan interaktif contohnya konsep cahaya dan pergerakan planet dan bulan yang kami pelajari di dalam 'igloo'.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
Bersama pemandu pelancong kami.

Arca salji yang comel-comel!
Sapporo Snow Festival
Pokemon di Sapporo Snow Festival
Pokemon pun ada. Pikachu!!!

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK ANIPOP CLUB
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK
PPAP Sapporo Snow Festival
Pak cik PPAP pun ada dekat Sapporo Snow Festival ni!

“ I have a pen. I have an apple. Uhh! Apple pen.
I have a pen. I have pineapple. Uhh! Pineapple pen.
Apple pen, pineapple pen… Uhh!
Pen-pineapple-apple-pen…”~~~
Sapporo Snow Festival
Follow me...
Sapporo Snow Festival
Bergambar dengan poster pemain baseball daripada pasukan Hokkaido Nippon Ham Fighters.
Setiap satu blok grid, akan ada satu arca gergasi yang besar. 
Setinggi bangunan pejabat di sebelahnya!
Ada juga arca bangunan terkenal di seluruh dunia tanda persahabatan dan hubungan diplomatik Jepun.
Sapporo Snow Festival
Sapporo Snow Festival
Bonjour! Arc de Triomphe
Sebelah kanan arca monumen terkenal Perancis ini ada arca kuda dan penunggangnya. Ia melambangkan harapan Jepun supaya kuda baka Hokkaido dapat menjuarai  kejohanan berprestij Prix de l'Arc de Triomph.

Sapporo Snow Festival

Taipei Guest House
Arca ais.
Bangunan ini terletak di pusat bandar Taipei, dibina pada tahun 1901. Pada asalnya, ia direka oleh seorang arkitek Jepun sebagai kediaman rasmi Gabenor Jeneral Taiwan. Bangunan ini diiktiraf sebagai National Historical Monument of Taiwan.

Sapporo Snow Festival
Central Golden Hall of Kofukuji Temple, Nara
Dalam rancangan Jejak Jepun Jihan, Jihan ada pergi ke kuilnya di Nara di mana bangunan kuil ini merupkan bangunan kayu terbesar di dunia! Arca yang di Sapporo Snow Festival ini setinggi 13m dan lebar 22m. Ia diperbuat daripada 3,000 tan salji. Arca ini mengambil masa selama 31 hari(sebulan!) untuk dibina.
FINAL FANTASY FF Sapporo Snow Festival
FINAL FANTASY FF Sapporo Snow Festival
FINAL FANTASY: Winter Showdown
Ada siaran lintas langsung TV di sini berlatarbelakangkan arca Final Fantasy, permainan yang popular sejak 20 tahun lepas.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN MALAYSIA SALJI SAPPORO SNOW FESTIVAL YUKI MATSURI ODORI PARK TOTTO MALL
TOTTO Mall

Untuk pengetahuan kalian, Malaysia pernah menjadi sebutan di 65th Sapporo Snow Festival pada tahun 2014 gara-gara ukiran Bangunan Sultan Abdul Samad yang sangat cantik!
Bangunan Sultan Abdul Samad di Sapporo Snow Festival 2014
Sumber gambar daripada laman rasmi Sapporo Snow Festival 2014 

Perjalanan kami diteruskan lagi ....baca di sini


(Sumber gambar: Masnoor Mohammad, Fatimah Azhani Idris, Maho Sugiya)

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

成語: 季節氣候

春: 春暖花開,萬紫千紅 夏: 烈日炎炎,暑氣蒸人 秋: 秋高氣爽,橙黃橘綠 冬: 天寒地凍,冰天雪地 春暖花開  chūn nuǎn huā kāi (spring has come and flowers are in bloom) 春天天氣暖和,花都開了 春天氣候溫暖,百花盛開,景色優美 比喻遊覽,欣賞的好時機 春暖花開 春暖花開    的   ___ 過了冬季,各地 春暖花開 ,正是欣賞美景的好機會。 春暖花開 ,公園裡都是帶著孩子出來玩的父母。 現在是 春暖花開 的季節,也是上山賞花的好時間。 雨過天晴  yǔ guò tiān qíng (sky clears after rain) (new hope after a disastrous period) 下過雨後,天空放晴 比喻情況由壞轉好 一夜大雨後, 雨過天晴。 這次的經濟危機終於過去,  雨過天晴 了。 今天真是諸事不順的一天,還好今天快過去了,希望明天一切都能 雨過天晴。 雲淡風輕  yún dàn fēng qīng (light and relaxing) 徵風輕拂,浮雲淡薄 形容天氣晴好。 指人生經過許多困難以後, 心境變得成熟,不會過度在乎的樣子 周日天氣晴朗, 雲淡風輕 。 經過許多年的經歷,他對很多事情都是 我媽媽年輕的時候經過很多困難的事,所以她現在對一些事情都是 雲淡風輕 的 。 昏天黑地  hūn tiān hēi dì ( dark sky and black earth) (pitch black-disorderly/ troubled times) 形容天色昏暗 比喻黑暗混亂 負敗的政府把社會造成 昏天黑地 。 看天色 昏天黑地 的樣子, 可能快要下大雨了。 因為海關出了問題,公司裡人人都忙得 昏天黑地 ,無法下班。 到了晚上, 昏天黑地 的,就更不好出去。 我剛開始工作時,因為還不太多經驗,有笨笨的樣子,每天都 昏天黑地 。 一葉知秋 yī yè zhī qiū (falling of 1 leaf signs the coming of autumn) (a s...