Skip to main content

Translate

Takino Suzuran Snow World

Excited to be at Takino Suzuran Park
Day 5 (Thursday)
Free and easy
(All expenses on this day are borne by participants themselves. No meal will be provided on this day)
______________________________

Sejurus dapat email confirmation yang saya dapat join trip ni, terus google cari tempat-tempat menarik untuk main salji. Macam-macam keyword digunakan. Antaranya ialah: cheap, budget, Sapporo, self guided, Hokkaido. Baca blog sana-sini. Ada satu nama yang kerap disebut oleh bloggers. Dan tempat itu mendapat banyak review yang positif di laman web TripAdvisor. Pencarian ‘search’ di Facebook pun rata-rata menunjukkan pengunjung sangat berpuas hati ke sana.>>> Takino Suzuran

Untuk rombongan kami, kami dicadangkan 3 tempat yang boleh dikunjungi pada hari kelima tersebut (free & easy): Otaru Canal, Nakajima Park dan Mount Okura. 

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI
Bila buat undian, semua tolak Mount Okura. 
Bunyi aktivinya menyeramkan. 
SKI JUMPING! Huhu...

Akhirnya, majoriti pergi main ski di Nakajima Park pada waktu siang, lunch di Susukino dan Otaru Canal pada malam hari.

Manakala, bagi saya, trip yang saya lakukan adalah ke Takino Suzuran-Otaru-Susukino-Odori Park (peluang kali terakhir berkunjung ke Sapporo Snow Festival 2017 sebelum balik Malaysia). Semuanya dilakukan dalam masa 1 hari!

Untuk post kali ni, saya akan kongsikan pengalaman berada di Takino Suzuran.
____________________________

How to enjoy winter in Hokkaido?
Sumber gambar (Welcome to Sapporo)
Around Christmas time, Takino Suzuran Hillside National Government Park opens for the winter season as ‘Takino Snow World.’ The colorful hills turn white and draw many visitors for winter sports. The 250-meters-long and 7° slope is perfect for first time skiers including kids. There are also 1 and 5km cross country skiing trails for beginners, 3 and 6km trails for moderate skiers, and 10 and 16km trails for advanced skiers.
_____________________________

Bagaimana caranya nak ke Takino Suzuran?

Kami keluar seawal 7.15 pagi berjalan kaki dari tempat penginapan kami Sapporo House à Stesen Sapporo.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI
Sarapan

Kami membeli tiket 1day pass = 830 yen untuk menaiki tren tanpa had sekitar bandar Sapporo (unlimited train ride)
Perjalanan tren dari Stesen Sapporo (Namboku Line)(line warna hijau) à  Makomanai 20 min
Dari Stesen Makomanai, kami mengambil bas no. 106 di Platform 2.
makomanai station bus 106 platform 2
*Bas paling awal dari Makomanai  à Takino Suzuran, bergerak pukul 8.45 pagi 
*Bas terakhir dari Takino Suzuran  à Makomanai, bergerak pukul 3.28 petang
*Pastikan sampai di platform bas sekurang-kurangnya 30 minit lebih awal. 
Kalau tak, kemungkinan tak dapat tempat duduk & terpaksa berdiri sepanjang perjalanan di dalam bas. 
Tambang bas 440 yen. Sediakan duit ngam ngam.
makomanai bus 106 platform 2
Perjalanan menaiki bas ke Takino Suzuran memakan masa lebih kurang 30 minit

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK


SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK

Takino Park ni bila musim sejuk disebut Takino Suzuran Snow World.
Ada 3 pagar masuk:
  1. Keiryu 
  2. Central
  3. East (Higashi Guchi)
Ini bas henti-henti. Ada lalu kawasan perumahan. Nak masuk Takino Suzuran ini memang lawa pemandangannya. Kawasan bukit. Luas tempatnya. Jauh juga perjalanan dari pintu 1 nak ke pintu 3. Kami masuk melalui pagar no. 3 yang juga merupakan hentian terakhir bas 106.  Kenapa? Kawasan aktiviti lebih dekat, sesuai untuk beginner.

Masuk percuma.
Free admission (winter season only).
Boleh muat turun panduan 'park guide' di laman web rasminya.

SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK
Pilihan aktiviti di Takino Suzuran. Tiada bayaran dikenakan untuk snow tubing/sled slope. Untuk ski, snowshoeing, anda perlu menyewa peralatan bersukan. Ski ni ada pilihan sama ada 'cross country skiing' macam berjalan merentas desa ataupun 'downhill skiing' yang turun cerun bukit. Namun begitu, ia jauh lebih murah berbanding di resort memandangkan Takino Suzuran adalah taman negara untuk kegunaan awam.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK
Dah selamat tiba di Takino Suzuran!
Alhamdulillah, cuaca baik.
snow tubing
snow tubing
snow tubing tube
sled slope
Snow tubing / sled slope.
Kami pergi weekday. Tak ramai orang. 

Takino Rainbow Nest

Bukan sebarang taman permainan ni…(award winning playground design)

Design & construction: Toshiko Horiuchi MacAdam with Interplay Design &
Manufacturing, Inc.
Structural design: Norihide Imagawa, T.I.S. & Partners, Tokyo, Japan
Project design: Fumiaki Takano, Takano Landscape Planning, Hokkaido, Japan
Mrs. MacAdam is perhaps most well known for her installation in Takino Suzuran Hillside National Park; which won a national design award in 1992. The colorful nylon and wood structure took 3 years and a few metric tons of rope to create. It was knit almost entirely by hand, with a just a few machine-made knots used at key structural stress points. Children are invited to climb inside and outside of the netted structure and can spend hours exploring and challenging themselves through play. The play area has a wonderful inside/outside effect with the netting structure housed inside a timber dome that was built using ancient Japanese temple techniques. Properly maintained, the structure can last hundreds of years, and is built entirely without any metal.
The colorful playscapes are made almost exclusively of thick nylon rope, chosen for its resilience and ability to stretch while maintaining structural strength. Mrs. MacAdam’s work brings the very idea of play to life as even the slightest movement will cascade through her crocheted structures, imbuing them with an almost living vibrancy. The effect invokes a desire to play that is nearly impossible to resist as both children and adults feel compelled to climb, jump, fall, bounce, and explore the colorful playscapes.
Each piece created by Mrs. MacAdam is unique and involves years of effort to produce. Whether found in a museum or a park, her work speaks to the idea that play should be an integral part of everyone’s life and not just an activity for children. Her ability to inspire both children and adults to play is a reminder that fully engaging the world around us requires the physical desire to reach outside of our normal confines, grab hold of what we may find, and climb.
Takino Rainbbow Nest
Terserempak dengan orang Malaysia yang sedang berbulan madu.

Kami ambil pakej sewa peralatan ski termasuk kasut + 'unlimited ride' ski lift.
Harga 3,290 yen
ski equipment
ski
Baju, seluar kalau bukan 'waterproof' ataupun didapati kurang sesuai untuk beriadah, boleh pinjam di sini. FOC. Percuma.  Locker pun ada. Percuma. Cuma perlu tunjuk passport dan tulis nama di 'logbook' yang disediakan.

Untuk main downhill skiing, ada 'slope' iaitu cerun ataupun lereng bukit kecil yang dikhaskan untuk berlatih dinamakan 'family slope'. Sesuailah untuk beginner berlatih dapatkan keyakinan macam mana nak perlahankan dan berhentikan ski.  Slope yang lebih panjang turun bukit 200m ada.  Lepas main slope ni, boleh naik ski lift untuk 'repeat' atau ulang main slope ni.

Cumanya, main ski di sini tiada jurulatih disediakan. Nasib baik dalam kumpulan kami ada Izzat yang berpengalaman main ski di Turki. Dia lah yang ajar macam mana nak pakai kasut ski (susah juga nak sarung sebab kasut tu keras), nak sambungkan kasut tu dekat papan, cara nak buka kasut dari papan ski...agak-agak dalam 20 minit juga lah berlatih buat benda ni aje...berpeluh juga walaupun suhu ketika itu dalam 2 darjah celsius.
SIM IYEO SAPPORO SSEAYP HOKKAIDO JAPAN SALJI TAKINO SUZURAN SNOW WORLD HILLSIDE NATIONAL PARK  SKI
Ramai juga budak sekolah bermain ski di sini. Cantik formasinya.

Ski Lift
ski lift

Balik....elakkan naik bas yang terakhir. Padat. Lenguh pula nak kena berdiri dalam bas setelah penat bersukan! Ambil bas yang ketiga atau kedua terakhir. Tunggu di tempat perhentian bas dalam pukul 2.30 petang.

(Sumber gambar: Masnoor Mohammad, Fatimah Azhani Idris)

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...