Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?" "Bawa passport, pen, air minum, payung." Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...
https://www.instagram.com/sezakiza/