Skip to main content

Translate

Kampung Sungai Melayu























Sempena cuti Merdeka ini, luangkan masa jalan-jalan melancong tempat sendiri menaiki bot dengan Sungai Melayu Eco Tourism🚤 

Dekat mana ni?
Tempat ini dekat dengan Marlborough College, Iskandar Puteri. Juga dikenali sebagai tempat makan asam pedas ikan sembilang. 

Pelancongan ekologi di sini diperkenalkan sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh Koperasi Penduduk Kampung yang bernaung bawah IRDA. Menurut pengurusnya Puan Sharifah, ada lebih kurang 1,000 orang penduduk menetap di sini.

Ada apa di sini ek?
Nak datang naik bot sini kena tempah dulu. Setiap slot ada 10 bot. Nelayan di sini keluar seawal 4 pagi mencari rezeki. Masa siang yang terluang digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar. Program inap desa ‘homestay’ juga ada di sini. 

Kata En Halim yang bawa kami naik bot, hasil tangkapan di sini ikan, kupang, udang, dan ketam kebanyakannya dibawa ke Pasar Taman Universiti untuk dijual.

Nelayan dekat sini dah biasa bawa orang jalan termasuklah pelabur asing yang kemungkinan datang untuk beli rumah sekitar kawasan Iskandar Puteri, pelajar sekolah antarabangsa seperti Marlborough College & Raffles American School dan penggemar makanan laut.

Banyak cerita yang kami dengar dari En Halim termasuklah pasal askar Jepun, sebab sini merupakan antara laluan mereka masa nak serang Singapura dan setelah menyerah kalah yakni sebelum pulang ke sana ke negara Matahari Terbit, mereka membuang segala senjata dekat perairan Selat Tebrau ni! Wow! Saya orang JB pun pertama kali baru dengar cerita ni! 

Sepanjang naik bot, kami dibawa menyelusuri kawasan paya bakau (habitat buaya, ular sawa, penyengat dll.) Nampaklah pemandangan pantai Lido & Danga Bay juga pagar sempadan yang mengelilingi Pulau Singapura. Kalau mata bagus, boleh nampak nun jauh di sana bangunan merah Hospital Sultanah Aminah. Boleh nampak kontras perbezaan satu kawasan pesat dibangunkan, yang sebelah lagi tetap dipelihara. Dekat sini pun ada penempatan orang asli, belah Laguna sana. En Halim beritahu ada beza cara tangkap hasil laut oleh orang asli dengan melayu.

Satu lagi, En Halim ni masa muda pernah kerja buat rumah di Singapura. Mak saya pula walau asal kampung di Melaka tapi membesar di Kampung Mandai Kechil, Woodlands sebab atuk dan moyang bekerja dekat British Sembawang Naval Base. Mak kata tempat dia dulu sebijik rupa macam dekat sini kawasan paya bakau. Seronok dengar perbualan mereka berdua yang generasi kita tak alami. Cerita pasal tanah, kehidupan nelayan, macam mana orang dulu keluar masuk JB-SG seberang tambak....Walau baru je jumpa ni, riuhhh mereka borak imbau kembali kenangan dulu-dulu haha 

Perjalanan menaiki bot ni makan masa selama 1 jam termasuklah lawatan ke tempat penternakan kupang. Kupang atau lebih dikenali sebagai siput sudu banyak diternak oleh nelayan di negeri Johor dan Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia. Penternakan kupang ini memerlukan:

✅ kawasan perairan yang tidak mempunyai arus yang deras (kawasan perairan selat)
✅ tiada laluan kapal besar (sebab dihalang oleh Tambak Johor!)
✅ air laut yang bersih dari pencemaran sampah dan tidak tercemar dengan tumpahan minyak

Ini semua diperlukan bagi mengelak tumbesaran benih kupang terbantut yang akhirnya akan menjejaskan saiz dan kualiti kupang yang ingin dituai. Penternakan kupang ini tak renyah cuma mengambil masa 6 bulan untuk matang. Masa yang sesuai menternak kupang adalah pada bulan Januari-Februari dan akan dituai pada bulan Julai-September. 

Jadi ngam-ngam lah kalau nak jalan ke sana sekarang beli kupang segar. Sedap digoreng sahaja atau masak berlada. Produk IKS yang terkenal di sini pun dibuat dengan kerang iaitu Keropok Kerang.

Trivia: 

macam mana nak bezakan yang mana satu kupang jantan dan mana yang mana satu kupang betina ek?
.
.
.

Jawapan: Kupang jantan isi berwarna lebih cerah putih dan kupang betina berwarna oren jingga.

Orang JB atau sesiapa yang datang jalan-jalan JB bolehlah singgah datang sini. Tempat cantik, kaya dengan sejarah, layanan pun tip top 💯
—-

Monday, a busy day of the week but it’s a holiday here in Malaysia. Yahoo!!!

But only for today! Haha because it’s our Independence Day. With mom & lil sis, we visited a century-old Malay village, about a 15 mins drive from the Johor Bahru city centre. 

The place is not far from the 2 bridges that connect Malaysia-Singapore, nestled within a mangrove sanctuary that boasts a diverse ecosystem of flora and fauna. It’s strategically located in the seasonal flight path of migratory birds. Definitely a heaven for birdwatchers—a hidden gem that’s been designated as an ecotourism village by the Johor State Government in 2013. Since then, the villagers have worked tirelessly to receive travellers into their humble home.

For this trip, we took an hour of boat ride and visited mussels cultivated by the local fishermen.

What a fun day! 
Selamat Hari Merdeka Malaysia, my beautiful country. #bless 

—-

Johor 還真的有很多有趣的地方玩喔~~~

Sungai Melayu 就位於馬來西亞Johor柔佛州,距離新加坡是非常靠近的!

這裡的kampung都是馬來人,而且大多數還是傳統的漁民。這個kampung最著名就是ikan sembilang 鯰魚,蝦,螃蟹還有kupang 養殖式的青蚌呢!

很久很久以前,這個 kampung 是被日本士兵用來作為第二次世界大戰期間攻打新加坡的路線之一!

來到了這裡,欣賞周圍的paya bakau 紅樹林, 去看看青蠔養殖場。

你們有機會去馬來西亞旅遊可以考慮來這裡喔!✌️



Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...