Alhamdulillah, saya ditawarkan untuk belajar mandarin di National Cheng Kung University (NCKU). Permohonan tempat belajar beres. Nak belajar kena ada duit kan. Salah satu cara untuk meringankan beban kewangan adalah dengan memohon biasiswa.
Seperti yang saya ceritakan di post sebelum ini, saya ada memohon Huayu Enrichment Scholarship (HES). Permohonan biasiwa Huayu lebih kurang sama seperti memohon tempat belajar di MTC. Selain perlu mengisi borang, saya juga perlu kepilkan dokumen yang dipinta:
- sekeping gambar
- salinan passport
- salinan transkrip akademik, saya sertakan sekali CV
- 'recommendation letter' tidak perlu, tetapi perlu isi nama 'referral', 3 orang. Saya tulis nama C rakan sekuliah di UTM, E yang merupakan sahabat baik saya semasa menjalani latihan dalam kamar 'chambering' dan kak L yang bagi semangat untuk saya memohon biasiswa Huayu ni.
Tambahan pula, calon perlu menulis karangan.
"Briefly state your study plan in Taiwan".Jangan ambil mudah perkara ini ya. Ini merupakan 'highlight' untuk calon melepasi penilaian dokumen seperti yang saya sebutkan sebelum ini. Ini peluang terbaik kalian untuk menunjukkan bahawa kalian bersungguh-sungguh berminat untuk mendapatkan biasiswa Huayu ini. Ini juga merupakan latihan 'warm up' sebelum pergi ke temuduga.
STUDY PLAN
Kata kunci yang saya gunakan ini juga saya pegang dan utarakan ketika sesi temuduga kemudian harinya:
1. Kerja
- Peluang untuk mendapatkan kerja dan mengembangkan pengetahuan dengan mempelajari mandarin.
- Rebut peluang melalui Polisi Baru ke arah Selatan ('New Southbound Policy')
2. Komitmen
Mempelajari bahasa memerlukan dedikasi, disiplin dan tekad yang kuat untuk memahirkannya. Saya memberitahu bahasa pertuturan saya bersama keluarga di rumah ialah Bahasa Melayu. Di sekolah, belajar bahasa Inggeris. Dan sebagai seorang muslim, walaupun tidak fasih berbahasa Arab, saya mesti tahu juga sedikit sebanyak demi menunaikan kewajipan seharian seperti sembahyang dan membaca Quran. Menyedari pengalaman perit dan susahnya memahirkan diri dengan bahasa-bahasa itu memberikan saya keberanian untuk belajar mandarin.
Mempelajari bahasa memerlukan dedikasi, disiplin dan tekad yang kuat untuk memahirkannya. Saya memberitahu bahasa pertuturan saya bersama keluarga di rumah ialah Bahasa Melayu. Di sekolah, belajar bahasa Inggeris. Dan sebagai seorang muslim, walaupun tidak fasih berbahasa Arab, saya mesti tahu juga sedikit sebanyak demi menunaikan kewajipan seharian seperti sembahyang dan membaca Quran. Menyedari pengalaman perit dan susahnya memahirkan diri dengan bahasa-bahasa itu memberikan saya keberanian untuk belajar mandarin.
3. Permohonan ke MTC
Saya memberitahu bahawa saya sudah mendapat tawaran ke NCKU. Saya menekankan bahawa saya sangat sangat sangat memerlukan biasiswa Huayu untuk tempoh setahun. Dan apakah yang saya harapkan daripada segi 0 'beginner' bila mula-mula sampai hingga ke tahap penguasaan bahasa mandarin yang saya pelajari selama 1 tahun). Alasan saya:
"I hope to get at least one(1) year learning mandarin experience. I am afraid I can only pick up nothing but the most superficial aspects of the language if I signed up for a short-term programme."
DI MANAKAH TEMPAT TEMUDUGA?
Untuk calon dari wilayah selatan, kami dikumpulkan di Muar untuk sesi temuduga. Tempat temuduga adalah bangunan Persatuan Alumni Universiti dan Kolej Taiwan Muar. Alamatnya 21-1, Jalan Junid, 84000 Muar, Johor. Peta lokasi:
Rumah banglo putih. Suasananya tidak begitu formal. Seperti kita datang rumah orang. Kurang sikit rasa gemuruh untuk ditemuduga.
Papan notis
Bangunan banglo putih Persatuan Alumni Universiti dan Kolej Taiwan Muar terletak di persimpangan Jalan Junid dan Jalan Khalidi. Mercu tanda berhampiran ialah Sekolah Tinggi Chung Hwa dan warung Asam Pedas JJ (Jalan Junid/Joned).
Saya telah ditemuduga oleh 2 orang pegawai dari pejabat Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia. Salah seorang daripada mereka merupakan Tuan Pengarah, Bahagian Pendidikan. Seperti yang dijangkakan, soalan yang dikemukakan adalah seperti berikut:
"Bagaimana anda tahu mengenai biasiswa ini?"Jawapan: Kak H. Penerima biasiswa Huayu tahun 2015.
"Kenapa nak belajar mandarin?"Jawapan: Kata kunci seperti yang saya nyatakan di atas.
"Sebelum ini belajar/ bekerja apa?"
"Kenapa pilih NCKU?"
Jawapan: Saya dah membuat kira-kira sendiri berdasarkan perkongsian kak H dan hasil Google. Saya berterus-terang waima mendapat biasiswa Huayu sekalipun, saya memikirkan saya masih tidak mampu untuk sara hidup di Taipei (perlu 'top up' duit sendiri-juga terdapat kekangan untuk pelajar bekerja sambilan 'part time di Taiwan). Kehidupan di Tainan lebih kurang 2x murah daripada Taipei. Penginapan disediakan. Juga saya tertarik dengan latarbelakang Tainan yang terkenal sebagai sebuah kota sejarah, mengingatkan saya akan sejarah Melaka, kampung saya.
"Anda anda asas mandarin? Suka dengar lagu mandarin? Ada tonton drama TV?"Bahagian yang ini krik krik sedikit. Saya cakap saya tiada asas. Zero. Cuma tahu nihao ma. Wo ai ni. Ada juga belajar guna apps Hello Chinese. Baru je belajar. Baru sampai chapter 'animals' ;) Bukanlah seorang kaki tengok drama. Drama yang saya tengok (kebetulan balik kampung nek ada buka cerita ni) ialah Princess Weiyang di 8TV. Adalah tonton beberapa episod. Lagu? OST drama itu. @.@