Skip to main content

Translate

Recap: H, I 班

Sebenarnya saya 2x ambil kelas H. Kali pertama ambil kelas H, GAGAL. 


Kebiasaannya di CLC, lebih tinggi tahap pelajar tersebut, makin sedikit bilangan pelajar dalam kelas. Jadi bila gagal kena ulang balik kelas, maka 'repeat class' pun sama-sama juga! Inilah yang berlaku kepada saya...

Semasa di kelas G, kami menggunakan buku teks vol 5 di mana topiknya berkisar isu-isu sensasi untuk didebatkan dan setiap topik ada 2 karangan iaitu 1 karangan menyokong ataupun bersetuju dengan isu berkenaan dan satu lagi membangkang dan membantah isu tersebut. 
Contoh topik: relevan lagikah hukuman gantung sampai mati, isu LGBT, makanan GMO, isu ibu tumpang 'surrogate mother'.

Untuk kelas H dan I pula, buku teks vol 6 menggunakan keratan akhbar atau majalah sebenar sebagai artikel yang perlu dipelajari. Jadi, kosa katanya merupakan kosa kata harian yang ditemui di media cetak. Antara contoh kerja rumah di mana laoshi akan memberi setiap pelajar artikel harian dan keesokan harinya perlu dikongsikan apa yang kita faham kepada rakan sekelas yang lain. Selain itu, perlu 'highlight'kan kosa kata dan tatabahasa yang telah dipelajari.

Keratan akhbar mengenai pengasas PHISON, asal dari Sekinchan yang dikatakan pencipta pertama USB. Bila buat pembentangan dalam kelas, baru perasan akhbar Malaysia menggunakan kedua-dua karekter 'traditional' dan 'simplified. '



Vol. 6. 
Buku yang digunakan semasa di kelas H dan I.
Masih lagi  guna buku teks yang sama, 當代中文課程 (A Course in Contemporary Chinese ) terbitan Mandarin Training Center National Taiwan Normal University NTNU. Berbanding buku vol. 5, saya lebih suka kandungan buku teks vol. 6, rasa lebih 'real',  terutama bahagian rencana. Setiap tajuk buku mempunyai 2 rencana, rencana ini pula adalah dipilih daripada bahan media cetak yang sebenar. Tetapi saya rasa lebih susah dan perlu lebih masa untuk menjawab bahagian tatabahasa kerana setiap  jawapan kepada soalan memerlukan  pelajar menulis dalam bentuk karangan pendek.

Semasa di kelas I, saya terpaksa tukar semula kepada kelas individu 1-1  kerana tiada lagi pelajar baru  dan tinggal saya seorang sahaja pelajar level I  yang ada...Oleh itu, laoshi memberi kebebasan kepada saya untuk menentukan mode pembelajaran. Sebelum ini, ada pelajar I yang memilih untuk mengkhusus kepada bahan bacaan sastera, klasik dan ada juga memilih untuk belajar terjemahan. Bagi saya pula, saya memilih untuk mengkhusus kepada bidang keusahawanan dan perniagaan. Jadi semasa di kelas I, selain menggunakan  buku teks  vol. 6, saya juga berpeluang menggunakan buku  Far East Business Chinese vol 1, 2 dan 3, yang mengkhususkan kepada kosa kata dan terma yang selalu digunakan dalam urusan perniagaan.

Jadual kelas I saya:
Isnin, Selasa dan Rabu: Buku vol. 6
Khamis dan Jumaat: Business Chinese


Hadiah perpisahan dari laoshi.





Hadiah penanda buku, juga dari laoshi



 Bersama guru kelas I saya di kelas 1-1.
Bizhen laoshi dan Li laoshi.

Akan merindui saat berjalan kaki pergi ke kelas pukul 8 pagi!
Gambar diambil oleh Li laoshi.
Bergambar di persimpangan Shengli Lu berhadapan Zenda Suites.

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...