Skip to main content

Translate

NCKU CLC 國立成功大學文學院華語中心

#nckuclc


NCKU CLC atau nama panjangnya National Cheng Kung University College of Liberal Arts Chinese Language Center 國立成功大學文學院華語中心 Guoli Chenggong Daxue Wenxue Yuan Huayu Zhong Xin terletak di tingkat 3 bangunan Hsiu Chi, kampus Kuang Fu. Betul-betul bertentangan dengan hospital NCKU.

Manakala asrama tempat saya menginap NCKU Prince Dorm terletak di kawasan kampus Sheng Li. 

Kawasan kampus Guangfu 光復校區



Tasik Banyan Lake di hadapan Bangunan Hsiu Chi.

Budaya berbasikal di NCKU CLC

Juga dalam kampus Guangfu, terletaknya Banyan Garden NCKU yang popular.
Setiap pagi ramai orang berlatih taichi di sini.

Pemandangan biasa di kawasan sekitar NCKU. Anjing jinak berwarna hitam.


Hari pendaftaran pelajar baru di NCKU CLC
Notis peringatan pendaftaran semester baru dan cara pembayaran yuran

Tea party:
Hari orientasi, sesi suai kenal pelajar baru dan hari beli buku teks.
  
Kad pelajar NCKU CLC

Bagi pelajar yang pernah belajar mandarin, mereka perlu menghadiri temuduga untuk menentukan kelas mana yang mereka akan ditempatkan. Saya, automatik masuk kelas A! Kelas beginner, tiada temuduga diperlukan!


Pelajar boleh memilih sama ada mereka mahu menagambil kelas small group  xiaoban ataupun 1-1 yiduiyi. Setiap pelajar akan ditempatkan mengikut tahap penguasaan bahasa mereka bermula dari tahap  A iaitu tahap asas, B,C, D sehinggalah J. Bagi semester pertama, saya mengambil kelas small group   dan semester kedua 1-1 

Perbezaan yang paling ketara ialah kelas 1-1 lebih intensif di mana seorang pelajar dipasangkan bersama seorang guru. Lebih banyak peluang untuk berlatih bercakap. Pelajar juga boleh menetapkan kandungan pembelajaran mereka sendiri. Mahu fokus kepada penterjemahan? Mahu fokus kepada perbualan berurusniaga Business Chinese? Mahu guna buku teks atau tidak? Mahu mengambil peperiksaan ke tidak? Pendek kata, pelajar boleh customise pembelajaran, apa yang mereka mahu belajar. Jadi, lebih banyak input yang dapat dipelajari serta lebih pantas berbanding  dimana  mempunyai sukatan pembelajaran yang telah ditetapkan bagi setiap semester; apa tajuk atau topik yang akan dipelajari. 

Jujurnya, saya rasa 1-1 lebih penat, lebih banyak persediaan perlu dibuat sebelum ke kelas kerana anda sendiri yang akan 'hadir' ke kelas, bersoal jawab Q&A dengan guru berbanding  di mana anda mempunyai rakan sekelas yang lain bersama-sama anda.

Contoh jadual kelas elektif ...
Notis dan jadual kelas boleh dimuat turun di sini

Di NCKU CLC, setiap pelajar berpeluang mengambil 3 subjek elektif. Subjek elektif ada 2 jenis iaitu: 
  • kategori bahasa seperti tatabahasa, sebutan, perbualan, kosa kota dan
  • kategori budaya iaitu kaligrafi, melukis, dan taichi.

Nama cina
Setiap pelajar mempunyai nama dalam bahsa mandarin. Kena tahu apa maksud nama sendiri. Mula-mula belajar menulis karekter, nama sendiri pun payah nak tulis, tak ingat...hari-hari mesti berlatih menulis




Bagi pelajar yang mempunyai tajaan biasiswa, wajib ambil 4 elektif setiap semester. Nampak macam kelas tak banyak berbanding pelajar ijazah (credit hour sekurang-kurangnya 15 jam) tapi percayalah, tugasan setiap hari banyakkkkk. Ditambah pula punyalah susah nak menulis karekter dan kena hafal. Mula-mula, tangan pun keras nak tulis. Guna pensil kayu lebih mudah berbanding pensil mekanikal ataupun pen. 


Kelas mengenal dan menulis karekter 

Kelas kaligrafi  shufa

Arggghhh percubaan melukis... T_T

Kelas Taichi  Taijiquan di Banyan Garden

Kelas bercakap. Macam mana nak berinteraksi, berbual dalam bahasa mandarin

Kelas sebutan  fayin. Kalau salah intonasi, lain maksudnya. Teringat pula belajar bahasa arab. Ada makhraj, ada barisnya...

Kelas  / 1-1 Isnin-Jumaat 2 jam setiap hari. 10 minit rehat.



Aktiviti senggang....

Belajar topik nombor. Macam mana mengira nombor dan berjual beli...

Aktivit bahasa. 
Pertandingan antara kelas setiap semester


Walaupun jarak dorm dekat, cuma jalan kaki kurang 10 minit ke kelas, saya jarang balik ke bilik. Kebiasaannya akan cuba habiskan kerja rumah di bilik komputer NCKU CLC. Makan tengah hari- kadang-kadang masak sendiri bawa bekal, ada kalanya makan di kafe hospital NCKU. Surau pun ada di sana. Betul-betul sebelah bilik ICU.

Semester kedua. B班. 
Meja di kelas 1-1.
Kedudukan meja pelajar ditetapkan berdasarkan nama laoshi yang tertera seperti di bawah.


Antara aktiviti kebudayaan yang dianjurkan oleh NCKU CLC


Pada akhir setiap semester, kami akan bersama-sama rakan sekelas, guru dan pihak pentadbiran NCKU CLC ke restoran makan hotpot  / steamboat  huo guo


Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...