Test of Chinese as a Foreign Language (TOCFL)
華語文能力測驗
Huáyǔwén Nénglì Cèyàn
Peperiksaan berkomputer TOCFL 2018
Perjanjian Biasiswa Huayu menyatakan saya perlu lulus band B Level 3
Di NCKU CLC, kelas persediaan bagi mereka yang akan mengambil TOCFL juga disediakan.
Bagi saya ia amat penting kerana:
- sedikit sebanyak membantu pelajar memahami format kertas TOCFL kerana ianya merupakan peperiksaan berkomputer
- formatnya juga berlainan dengan peperiksaan setiap semester yang kami ambil di CLC
- ramai kawan-kawan yang pernah belajar mandarin sebelum ni dan pernah mengabil peperiksaan HSK kata TOCFL ini lebih susah
- TOCFL: walaupun kami hanya wajib ambil peperiksaan membaca dan mendengar, sebenarnya lebih mencabar kerana kosa katanya yang lebih luas, mungkin berlainan daripada kebiasaannya daripada apa yang ada dalam buku teks kami
- bila kosa kata bercampur aduk, kadang-kadang kita tahu perkataan tu tapi bila diletakkan dalam dalam satu karangan atau artikel, mungkin kurang faham maknanya...
- yang saya agak takut atau kalut ialah bahagian mendengar- sebab kalau dari awal dialog atau skrip dibacakan (headset disediakan) tapi saya tak dapat tangkap, tak faham keseluruhannya memang susah nak tangkap apa yang mereka bualkan dan seterusnya terpaksalah hentam jawapan tu,.
- dan peperiksaan ini digabungkan menjadi satu: mendengar + membaca = 2 jam
p/s: tiada masa nak pergi bilik air
Hari peperiksaan.
Dewan peperiksaan cuma 5 minit berjalan kaki dari dorm..
Markah untuk lulus...