Kelas B.
Untuk kelas utama, saya tukar ke kelas persendirian 一對一 1-1.
Kenapa?
Gambar bersama guru 1-1 saya.
Yurannya memang lebih mahal. Rasanya semeester ini paling banyak makan mee segera sebab nak jimat duit nak masuk sangat kelas ini.
- Saya mahukan lebih perhatiansebab saya perhatikan kawan-kawan saya terutama dari Jepun, Korea, Vietnam mudah menguasai, cepat sahaja lekat bahasa cina dalam kepala mereka. Mungkin faktor sejarah, faktor budaya mereka yang lebih kurang sama. Jadi, saya rasa kadang-kadang 'pace' laoshi itu untuk orang yang dah terdedah kepada bahasa cina yang membuatkan saya rasa 'inferior' rasa terkebelakang dalam kelas. rasa takut-takut nak buka mulut.
- Saya mahukan lebih peluang bercakapkerana kelas utama ini ini ialah kelas harian isnin-jumaat, jadi saya ada banyak peluang untuk bercakap dan membaca dalam kelas bersama-sama laoshi. kalau di kelas regular biasa, kena ambil giliran untuk bercakap. bayangkan satu kelas dalam 7-12 orang. tetapi untuk elektif, saya masih mengikuti kelas B elektif.
- saya juga perasan kelas musim sejuk ini, lebih ramai orang Barat dan Jepun mengikuti kelas 1-1 ini. Kebanyakan mereka ialah pesara dan ingin lari dari musim sejuk yang melampau di negara mereka dengan menghabiskan hujung tahun belajar bahasa cina di Taiwan
Antara yang paling rapat dengan saya ialah Wolfgang, berumur 70 tahun berasal dari Jerman dan sekarang menetap di Czech. Wolfgang, setiap tahun selama 3 bulan di musim sejuk akan ke Taiwan, di tempat yang sama untuk belajar bahasa cina. Saya tanya,"kenapa pilih Taiwan, bukan negara lain?"
Jawabnya, semasa muda bertugas sebagai Pengarah syarikat Siemens beliau selalu ke Taiwan untuk urusan perniagaan. Jadi, sebab dah biasa dengan persekitaran di Taiwan, beliau rasa senang sekali untuk kembali ke sini setiap tahun.
Dalam gamabr ini ada 5 orang Jepun yang mengambil kelas 1-1.
Musim sejuk di Taiwan ini tiadalah sejuk sangat sampai takdelah suhu sampai bawah takat bawah beku. Siang, masih ada matahari lagi. Kadang-kadang terik juga cuma selalunya tiupan angin kuat. Jikalau turun salji pun, cuma di puncak-puncak gunung tertentu. Oleh itu, musim sejuknya sangat nyaman sekali. Keluar jalan mana-mana pun tak berpeluh. Best best.
Berjalan-jalan di sekitar bandar Tainan