Setelah 2 semester berada di kelas individu 1-1, semester kali ini saya memilih untuk kembali ke kelas 小班 small group class.
Semasa di kelas E inilah saya:
- berjaya lompat kelas dari tahap C ke E, kerana semasa di kelas 1-1 yang lepas, saya dapat belajar lebih cepat, dapat 'cover' 2 topik dalam masa 1 minggu lebih kurang 20 topik dalam satu semester --maknanya cover silibus kelas C & D dalam satu semester..fuhhhh..kira berbaloi juga lah dahlah kelas 1-1 ini yurannya lebih mahal
- Laoshi kelas E2 ini juga merupakan laoshi kelas B saya dahulu yang mengajar kelas B Perbualan 會話 'Conversation' dan kelas B sebutan 發音 'Pronounciation'
- juga dapat memenuhi perjanjian biasiswa Huayu yakni dengan lulus peperiksaan TOCFL band B
- dan selepas semester ini berakhir, maka tiadalah lagi biasiswa Huayu T___T
Kelas E ini topiknya lebih susah seperti sejarah, politik, teknologi, pembedahan plastik dan sebagainya tetapi sebab kami terdiri daripada latarbelakang yang berbeza, kami banyak berkongsi idea serta budaya masing-masing.
Kerja rumah. Setiap hari ada kuiz. Untuk latihan pendengaran, kami diberi kod QR untuk mendengar audio dan seterusnya menjawab soalan yang diberikan.
Rangkuman aktiviti kelas E2 sesi musim panas 2018.
Kawan sekelas dari Hungary, Jepun, Jerman dan Vietnam.
Jun-Ogos
Penghujung musim panas.
Kerap hujan.
Juga kami perlu awas.
Musim taufan.
因超大豪雨影響,台南市政府宣布明天(8月24日)不上班、不上課。請大家小心。Due to the extremely torrential rain, Tainan City Hall announced there are no classes nor work on August 24. Please stay indoor and be safe.
Makin kerap menerima notis sebegini...
Jamuan akhir semester di The Market Place Buffet, Tayih Landis Hotel, Tainan
因為我們期末考以後餓死了!