Skip to main content

Translate

Homestay Hiroshima International Club


2007.

Tahun inilah bermulanya kembara saya ke luar negara.

Ya, ke luar negara untuk julung-julung kalinya.

Inilah kali pertama saya berpeluang menjejakkan kaki ke negara asing. Pengalaman pertama membuat passport. Pengalaman pertama naik kapal terbang tanpa ditemani ibu bapa. Pengalaman pertama kena 'jet lag'. Pengalaman pertama tidur, makan dan hidup sebumbung di rumah orang lain SELAIN daripada rumah sedara-mara, kawan rapat, aktiviti sekolah...

Angan-angan saya untuk menyertai program homestay tertanam di dalam minda semenjak saya membaca perkongsian kakak 'senior' yang diceritakan dalam majalah sekolah ini...


laporan majalah sekolah sigs
laporan pelajar sigs majalah sekolah
malar hijau majalah sekolah sigs
Muka depan majalah sekolah SIGS tahun 2004

Bagaimana untuk sertai homestay?

Segalanya bermula apabila cikgu membuat pengumuman di perhimpunan pagi. Ketika itu, saya sudah belajar di sekolah berasrama. Pada masa itu, program homestay Jepun ini dibuka hanya kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5. Meminati anime dan drama Jepun ‘J-Drama’ serta menguasai asas bahasa Jepun yang merupakan salah satu subjek yang saya pelajari di sekolah lama, program homestay ini ibarat ‘pucuk dicita, ulam mendatang’!

Selesai perhimpunan pagi, saya bergegas berjumpa dengan cikgu menyatakan minat saya untuk menyertai program homestay. Saya kebingungan tatkala cikgu menulis sesuatu di atas sekeping kertas putih. Rupa-rupanya, program homestay ini dianjurkan oleh pihak luar yang telah mendapatkan kebenaran daripada pihak kementerian. Apa yang cikgu tulis itu merupakan laman web pihak luar berkenaan. 

Habis sahaja waktu persekolahan, saya cepat-cepat telefon emak meminta kebenarannya nak pergi 'homestay' Jepun sebelum bersiap-siap nak pergi 'prep'. Lagipun, perlu guna duit poket sendiri. Bukan sekolah taja. Berpeluh juga nak tanya. Emak bagi ke tak ni. Dipendekkan cerita, borang program dah dimuat turun. Baca betul-betul syaratnya. Isi borang. Pos borang...

Dan akhirnya saya disenarai pendek sebagai salah seorang peserta homestay tahun 2007. Saya mendapat panggilan daripada pihak penganjur untuk membayar yuran penuh penyertaan dan menyerahkan passport untuk tujuan pemprosesan visa Jepun. (Nota: sekarang rakyat Malaysia tidak memerlukan visa untuk melancong ke Jepun: "From 1st July 2013, the Government of Japan has decided to abolish the requirement of short-term visa for Malaysian Nationals who hold ordinary biometric passports with embedded microchip that is compliant with ICAO standards (issued since February 2010) who wish to enter Japan for short-term stay. - Embassy of Japan). Ayah saya mengambil inisiatif untuk hadir sendiri membuat bayaran dan menyerahkan passport kepada penganjur di pejabat mereka. Langkah berjaga-berjaga katanya, takut scam!

HOMESTAY - HIROSHIMA INTERNATIONAL CLUB

Program homestay yang saya sertai ini dianjurkan oleh Hiroshima International Club Kuala Lumpur. Penyertaan program oleh kelab ini dibuka pada setiap awal tahun. Program homestay ini juga dikenali dengan nama 'Program Pertukaran Pelajar dan Jaringan Pendidikan Antarabangsa'. Selain Jepun, kelab ini juga berpengalaman membawa pelajar sekolah ke Korea Selatan, UK, Eropah dan Australia. Antara syarat penyertaan program adalah:
  • Pelajar mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa / penjaga.
  • Pelajar sihat tubuh badan dan tidak menghadapi apa – apa masalah kesihatan yang boleh mengganggu perjalanan program.
  • Pelajar mengikuti kursus penyesuaian diri. Antara pengisian orientasi atau latihan persediaan adalah kursus bahasa, budaya dan adat tempatan supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dan tidak terkejut dengan budaya yang berlainan daripada kebiasaan mereka ‘culture shock'
Selain borang penyertaan homestay Jepun Hiroshima International Club, saya juga perlu mengisi borang Hippo Family Club. Tujuan mengisi borang ini adalah untuk menyesuai padan antara pelajar Malaysia dan host family mereka. Begitu juga dengan orang tempatan yang berminat untuk mengambil pelajar Malaysia sebagai anak angkat mereka. Antara faktor yang diambil kira adalah latarbelakang keluarga, hobi,...


Hippo Family Club merupakan penganjur bersama untuk program homestay Jepun. Kelab tersebut di bawah naungan LEX iaitu Institute for Language Experience, Experiment & Exchange yang ditubuhkan oleh Sakakibara Yo. Sakakibara Yo merupakan seorang pendidik yang menerajui idea seseorang manusia harus menguasai pelbagai bahasa ‘multilingual’. Oleh itu, Hippo Family Club ialah sebuah jaringan kelab-kelab bahasa tidak mengira sempadan di mana ahli-ahlinya yang terdiri daripada masyarakat setempat menganjurkan dan menyertai pelbagai aktiviti dalam usaha untuk menguasai pelbagai bahasa.
HIPPO Family Club
Berbunga-bunga hati saya apabila mendapat pengkhabaran mengenai host family yang menantikan kedatangan saya ke rumah mereka! Nama keluarga angkat saya ialah Sezaki!
"We are all waiting for you"
Homestay HIPPO Family Club LEX Hiroshima International Club

Berikut adalah jadual perjalanan program homestay Jepun yang saya ikuti:

KUALA LUMPUR- NAGOYA - TOKYO - KUALA LUMPUR

HARI 1
- Daftar masuk orientasi 2H1M Concorde Inn KLIA
- Parents' Briefing
- Sesi suai kenal dengan peserta (Dalam rombongan homestay ini, saya cuma kenal dengan 2 orang peserta. Che dan Tqa. Kebetulan kami rakan sekelas dari sekolah yang sama. Peserta lain merupakan pelajar dari sekolah lain dari seluruh pelusuk Malaysia)
- Pembahagian Bilik
- Latihan Persediaan sebelum Bertolak: Belajar Bahasa Jepun  dan Etika Sosial Jepun

HARI 2
- Daftar Masuk di KLIA
- Bertolak ke Nagoya International Airport



HARI 3
- Tiba di Nagoya International Airport 
- Majlis penyerahan pelajar kepada keluarga angkat di Nagoya International Center
- Program homestay bermula

HARI 4

- Nagoya Castle
- Ziarah rumah kawan-kawan Okaasan



HARI 5
- Hari Malaysia

Malaysia Day
Malaysia Day
Malaysia Day

HARI 6
- Nagoya Higashiyama Zoo and Botanical Gardens



HARI 7
- Memakai kimono dan menghadiri upacara minum teh

- Membeli-belah di JUSCO
- Menyertai Pre-Christmas Party, belajar menghias kek


HARI 8
- Closing Ceremony Homestay di pejabat Hippo Family Club, Nagoya International Center
- Bertolak menuju ke Tokyo dengan menaiki bas

HARI 9

- Disneyland

- Daftar masuk National Olympics Memorial Youth Center, Yoyogi.  
(Trivia: asrama belia yang kami inap ini terletak 10 minit dari Shinjuku. Ia merupakan perkampungan atlet Olimpik Tokyo 1964!)

HARI 10
- Ueno
- Akihabara


HARI 11
- Daftar keluar National Olympics Memorial Youth Center 
- Bertolak Dari Narita Airport ke KLIA, tiba di KLIA
- Kena siapkan laporan untuk dapatkan sijil penyertaan!


Saya merupakan 'batch' ataupun rombongan yang ke-17 kumpulan Nagoya. Kami dibahagikan kumpulan mengikut rumah keluarga angkat masing-masing. Ada kumpulan ke Osaka. Ada kumpulan ke Tokyo. Pengalaman yang mengujakan!
host family = 1 anak angkat !
Memang kena pandai sesuaikan diri tinggal di tempat orang. Jaga tatatertib dan tingkah laku. Apa yang kita buat, apa yang kita cakap, kelakuan kita semua melambangkan peribadi 'Malaysian'. Kami hanya dapat berjumpa rakan-rakan kumpulan lain setelah kami semua berkumpul di kota metropolis Tokyo dan menginap di hostel.


Penggunaan peralatan telekomunikasi seperti telefon, ipad tidak digalakkan.

Bayangkan kehidupan seharian orang Jepun dengan kepadatan penduduk yang begitu ramai! Bersesak-sesak pergi kerja, balik kerja seharian suntuk. Oleh itu, orang Jepun sensitif dengan bunyi-bunyi bising ni dalam kawasan perumahan. Masa untuk mereka merehatkan diri. Ada kaitan juga dengan binaan rumah Jepun. Bukan semuanya berdindingkan batu simen macam di Malaysia. Satu lagi, pelajar hendaklah sentiasa berkomunikasi dan beramah mesra dengan host family dan masyarakat setempat mereka.


Okaasan mengajar saya memasak. Antaranya ialah custard telur 'chawan mushi'. Rasa terharu dengan budi baik okaasan yang sanggup mengambil cuti kerja sepanjang saya berhomestay di rumahnya.

Minggu saya menginap 'homestay' di rumah keluarga angkat merupakan hari persekolahan adik-adik angkat saya. Oleh itu, pada waktu siang saya, mengikuti okaasan melawat rakan-rakannya yang juga merupakan ahli HIPPO Family Club dan diperkenalkan dengan tradisi dan cara hidup orang Jepun seperti upacara minum teh dan memakai kimono. 
makan bersama kenalan host family
Bersama Nagoya Scout

Waktu malam pula meriah ditemani 2 orang adik angkat. Jumpei  suka bermain bola sepak dan pandai bermain gitar. Yukari, seorang gadis manis yang suka bermain tenis dan minat dengan band Kanjani 8.

Berikut merupakan pengalaman homestay Jepun karangan adik-adik saya....

Ayu's Japan Homestay (2011)...

Ayu dengan host family

Nabil's Japan Homestay (2012)

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

成語: 季節氣候

春: 春暖花開,萬紫千紅 夏: 烈日炎炎,暑氣蒸人 秋: 秋高氣爽,橙黃橘綠 冬: 天寒地凍,冰天雪地 春暖花開  chūn nuǎn huā kāi (spring has come and flowers are in bloom) 春天天氣暖和,花都開了 春天氣候溫暖,百花盛開,景色優美 比喻遊覽,欣賞的好時機 春暖花開 春暖花開    的   ___ 過了冬季,各地 春暖花開 ,正是欣賞美景的好機會。 春暖花開 ,公園裡都是帶著孩子出來玩的父母。 現在是 春暖花開 的季節,也是上山賞花的好時間。 雨過天晴  yǔ guò tiān qíng (sky clears after rain) (new hope after a disastrous period) 下過雨後,天空放晴 比喻情況由壞轉好 一夜大雨後, 雨過天晴。 這次的經濟危機終於過去,  雨過天晴 了。 今天真是諸事不順的一天,還好今天快過去了,希望明天一切都能 雨過天晴。 雲淡風輕  yún dàn fēng qīng (light and relaxing) 徵風輕拂,浮雲淡薄 形容天氣晴好。 指人生經過許多困難以後, 心境變得成熟,不會過度在乎的樣子 周日天氣晴朗, 雲淡風輕 。 經過許多年的經歷,他對很多事情都是 我媽媽年輕的時候經過很多困難的事,所以她現在對一些事情都是 雲淡風輕 的 。 昏天黑地  hūn tiān hēi dì ( dark sky and black earth) (pitch black-disorderly/ troubled times) 形容天色昏暗 比喻黑暗混亂 負敗的政府把社會造成 昏天黑地 。 看天色 昏天黑地 的樣子, 可能快要下大雨了。 因為海關出了問題,公司裡人人都忙得 昏天黑地 ,無法下班。 到了晚上, 昏天黑地 的,就更不好出去。 我剛開始工作時,因為還不太多經驗,有笨笨的樣子,每天都 昏天黑地 。 一葉知秋 yī yè zhī qiū (falling of 1 leaf signs the coming of autumn) (a s...