Bagi semester musim luruh 2018, CLC menganjurkan lawatan sambil belajar ke Pingtung (屏東). Dari Tainan, kami dibahagikan kepada 3 buah bas dan perjalanan mengambil masa 1.5 jam untuk sampai ke destinasi kami iaitu... Di luar pintu masuk. Terdapat kedai-kedai menjual cenderamata dan makanan. Masa kami datang ini, kedai makanan yang terdapat di dalam taman ini masih belum siap dibina. Kaunter jualan tiket. Setiap seorang dicop di bahagian tangan supaya senang kami keluar masuk dari taman untuk keluar ke kedai. Taman ini besar sangat, berkeluasan kira-kira 82 ekar. Taman ini terdiri daripada 5 bahagian iaitu: Makalawan, Bhabhakowan, Tamaluwan, Naluwan dan Fuguwan. Setiap bahagian menampilkan bangunan tradisional, artifak dan hasil seni ksuku-suku orang asli Taiwan. Kiranya macam 'outdoor museum'! Jadi untuk memudahkan pengu njung, perkhidmatan kereta 'buggy' disediakan. Kami berehat seketika dan menonton pementasan teater mengenai ki...
https://www.instagram.com/sezakiza/