27.4.2019 1D Tainan-Hsinchu-Tainan Hah, ini namanya 'trip' tanpa dirancang. Macam mana boleh pergi ke Hsinchu pula ni?! 國立交通大 學 National Chiao Tung Univiersity Dekat timeline FB, kebetulan ternampak ada kawan kongsikan satu acara 'bedah wayang'. Kebetulan saya baru habis tonton filem 'Paskal' dan 'One Two Jaga' di Netflix, jadi bila nampak salah seorang senarai jemputan ialah saudara Namron, fikir banyak kali juga, nak pergi ke tak nak? Dari satu segi, jarang dengar pelajar Malaysia di Taiwan anjurkan acara sebesar ini, (nak bagi sokongan!) power juga mereka sampai Namron pun sudi turun luangkan masa datang ke sini berkongsi ilmu dan pengalaman beliau, tapi tapi tapi Hsinchu ni jauh juga, dah dekat Taipei... Tapi oleh sebab saya sendiri tak pernah jejakkan kaki ke Hsinchu, dan dengar-dengarnya universiti ini merupakan antara universiti top 4 di Taiwan, jadi apalagi ke Hsinchu lah kita... Bila sampai ke Hsinchu, baru saya tahu H...
https://www.instagram.com/sezakiza/