27.4.2019
1D Tainan-Hsinchu-Tainan
Hah, ini namanya 'trip' tanpa dirancang. Macam mana boleh pergi ke Hsinchu pula ni?!
Hah, ini namanya 'trip' tanpa dirancang. Macam mana boleh pergi ke Hsinchu pula ni?!
國立交通大學 National Chiao Tung Univiersity
Dekat timeline FB, kebetulan ternampak ada kawan kongsikan satu acara 'bedah wayang'. Kebetulan saya baru habis tonton filem 'Paskal' dan 'One Two Jaga' di Netflix, jadi bila nampak salah seorang senarai jemputan ialah saudara Namron, fikir banyak kali juga, nak pergi ke tak nak? Dari satu segi, jarang dengar pelajar Malaysia di Taiwan anjurkan acara sebesar ini, (nak bagi sokongan!) power juga mereka sampai Namron pun sudi turun luangkan masa datang ke sini berkongsi ilmu dan pengalaman beliau, tapi tapi tapi Hsinchu ni jauh juga, dah dekat Taipei...
Tapi oleh sebab saya sendiri tak pernah jejakkan kaki ke Hsinchu, dan dengar-dengarnya universiti ini merupakan antara universiti top 4 di Taiwan, jadi apalagi ke Hsinchu lah kita... Bila sampai ke Hsinchu, baru saya tahu Hsinchu merupakan pusat teknologi Taiwan macam 'Silicon Valley'. Padanlah atas jalan nampak banyak orang pandu kereta Tesla. Syarikat-syarikat gergasi elektronik Taiwan juga banyak berpangkalan di sini...
Acara ini sebenarnya ada 3 hari. Saya dan Shafa sempat hadir untuk acara hari kedua. Kami menaiki bas 6 pagi dari Tainan. Perjalanan ke Hsinchu mengambil masa selama hampir 3 jam. Dapatlah tengok tayangan filem Yasmin Ahmad 'Mualaf'.
Habis je tayangan Mualaf, tiba-tiba si Shafa ni ajak saya,
"Jom pergi Rainbow Village 彩虹眷村 Cǎihóng Juàncūn"
"hah, tu dekat Taichung, kita dekat belah atas, utara ni..cuba check Google berapa lama, berapa jauh nak sampai sana?"
Akhirnya, kami berdua mengambil masa dari Hsinchu ke stesen bas Taichung dan dari situ sewa teksi sepanjang kami berada di Taichung...(nasib baik atas bas disediakan usb port, bolehlah cas hp)
Untuk sampai ke Rainbow Village ni, nak cepat dan mudah, sewa teksi sebab lokasinya terpencil, agak jauh dari pusat bandar Taichung. Rainbow Village ini kecil je, 30 minit pun cukup pusing-pusing sekitar sini.
Tin-tin serta peralatan yang digunakan oleh atuk ni untuk cat perkampungan Rainbow Village
Panas-panas ni, sedapnya dapat makan buah mangga
Stesen keretapi Taichung yang terletak bersebelahan dengan stesen bas Taichung.
Acara sebelah malam pula, bedah filem 'One Two Jaga' oleh pengarah filem saudara Namron. Teruja juga tengok 2 orang pelajar Malaysia buat terjemahan secara langsung Bahasa Melayu-English dan Bahasa Melayu-Mandarin...terbaiklah korang! Bukan setakat ada kebolehan menganjurkan acara sebesar ini di tempat orang, malah sebaik boleh menggabungkan apa yang mereka pelajari di kelas + memperkenalkan DNA filem Malaysia yang berwarna warni kepada orang tempatan.
Sebaik sahaja acara ini habis, tanpa disangka-sangka Namron turut memenangi anugerah Pengarah Terbaik di satu pesta filem!
Bersama antara orang kuat penganjur majlis: Zikri Rahman, Raymond dan Zhaoyen
Saya dan Shafa balik ke Tainan dengan menaiki bas tengah malam. Tidur atas bas lah kami...hehe Syiok ...Itulah kisahnya trip 1 hari Tainan-Hsinchu-Taichung-Hsinchu-Tainan kami...