Skip to main content

Posts

Translate

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Visa ke Taiwan

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana passport kita antara yang berkuasa di dunia bermakna banyak negara di muka bumi ini kita boleh lawati sebagai pelancong tanpa perlu memohon visa (cuma perlu 'visa on arrival' VOA, passport dicop sebaik kita mendarat di negara-negara berkenaan) termasuklah Taiwan . Emmm, Taiwan ini sebuah pulau ke sebuah negara? Kalau nak belajar ke Taiwan pula, perlukan visa ke? Ada ke kedutaan Taiwan di Malaysia? Chinese Taipei apa pula? Untuk penjelasan yang mudah, boleh rujuk tulisan Tuan PTD di sini...  Semasa hari Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa, saya dan rakan-rakan dimaklumkan bahawa kami boleh memohon Visa Residen untuk ke sana. Kelebihan Visa Residen ini membolehkan kami mendapatkan terus Alien Resident Card  'ARC', di mana penggunaanya adalah seperti kad pengenalan di mana kami boleh berurusan dengan lebih mudah di sana seperti membuka akaun bank dan sebagainya. Post kali ini saya akan ceritakan bagaimana memoho...