Merujuk kepada tulisan saya mengenai visa sebelum ini, saya mendapat Resident Visa untuk ke Taiwan. Terdapat terma dalam visa tersebut iaitu: "APPLY FOR ARC AT LOCAL SERVICE CENTRE OF NATIONAL IMMIGRATION AGENCY WITHIN 15 DAYS" Apakah itu ARC? ARC ialah Alien Resident Certificate. Bila ada ARC ini, kita ada Record of ID No.. Lebih kurang macam kad pengenalan/ IC sepanjang saya berada di Taiwan. Jadi, pergi mana-mana tak perlu lah nak bawa passport. Kelebihan ada ARC ini, memudahkan proses membuka akaun bank, memohon insurans kesihatan juga kalau nak pergi tempat-tempat menarik sekitar Taiwan seperti muzium, ada diskaun ataupun memang percuma terus bagi residen! Jadi, sejurus selesai urusan pendaftaran kelas, pihak NCKU CLC memberi kami borang membuka akaun bank Chunghwa Post (bagi urusan penerimaan duit biasiswa Huayu) dan borang memohon ARC. Mereka juga memberi tunjuk ajar macam mana nak isi borang. (P/S: banyak kali tersilap tulis tarikh, cara mereka is...