Sempena cuti Merdeka ini, luangkan masa jalan-jalan melancong tempat sendiri menaiki bot dengan Sungai Melayu Eco Tourism🚤 Dekat mana ni? Tempat ini dekat dengan Marlborough College, Iskandar Puteri. Juga dikenali sebagai tempat makan asam pedas ikan sembilang. Pelancongan ekologi di sini diperkenalkan sejak tahun 2014 dan dikendalikan oleh Koperasi Penduduk Kampung yang bernaung bawah IRDA. Menurut pengurusnya Puan Sharifah, ada lebih kurang 1,000 orang penduduk menetap di sini. Ada apa di sini ek? Nak datang naik bot sini kena tempah dulu. Setiap slot ada 10 bot. Nelayan di sini keluar seawal 4 pagi mencari rezeki. Masa siang yang terluang digunakan untuk membawa pelancong bersiar-siar. Program inap desa ‘homestay’ juga ada di sini. Kata En Halim yang bawa kami naik bot, hasil tangkapan di sini ikan, kupang, udang, dan ketam kebanyakannya dibawa ke Pasar Taman Universiti untuk dijual. Nelayan dekat sini dah biasa bawa orang jalan termasuklah pelabur asing yang kemun...