Skip to main content

Posts

Translate

P.L.K.N

"I know that many of you probably have some sort of distaste for the program - it's hard not to when you hear all sorts of horror stories from some who have undergone training and utterly hated it. However, since I had a pretty good time during my 3 months there, let me highlight some of the better parts of NS that become forgotten in the deluge of negative news about it."- Malaysia Students Blog Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).  Semasa di kelas 'prep' pada ketika semua pelajar tingkatan 5 pulun berlatih tubi untuk peperiksaan SPM yang akan datang, saya sibuk menyemak melalui SMS sekiranya saya terpilih untuk latihan PLKN. Rata-rata kawan ada menyatakan rasa tidak puas hati sekiranya terpilih...: "kalau dapat ni, memang aku nak tulis surat merayu nak sambung belajar daripada pergi PLKN"  "baik cuti lama-lama dowhhh sebelum result SPM keluar"  "masuk PLKN buat pe, susahkan diri sendiri duduk dalam kem.. kat hutan pul...

Homestay Hiroshima International Club

2007. Tahun inilah bermulanya kembara saya ke luar negara. Ya, ke luar negara untuk julung-julung kalinya. Inilah kali pertama saya berpeluang menjejakkan kaki ke negara asing. Pengalaman pertama membuat passport.  Pengalaman pertama naik kapal terbang tanpa ditemani ibu bapa.  Pengalaman pertama kena 'jet lag'.  Pengalaman pertama tidur, makan dan hidup sebumbung di rumah orang lain SELAIN daripada rumah sedara-mara, kawan rapat, aktiviti sekolah... Angan-angan saya untuk menyertai program homestay tertanam di dalam minda semenjak saya membaca perkongsian kakak 'senior' yang diceritakan dalam majalah sekolah ini... Muka depan majalah sekolah SIGS tahun 2004 Bagaimana untuk sertai homestay? Segalanya bermula apabila cikgu membuat pengumuman di perhimpunan pagi. Ketika itu, saya sudah belajar di sekolah berasrama. Pada masa itu, program homestay Jepun ini dibuka hanya kepada pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5. Meminati anime dan drama J...