Skip to main content

Translate

P.L.K.N

"I know that many of you probably have some sort of distaste for the program - it's hard not to when you hear all sorts of horror stories from some who have undergone training and utterly hated it. However, since I had a pretty good time during my 3 months there, let me highlight some of the better parts of NS that become forgotten in the deluge of negative news about it."- Malaysia Students Blog
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). 
Semasa di kelas 'prep' pada ketika semua pelajar tingkatan 5 pulun berlatih tubi untuk peperiksaan SPM yang akan datang, saya sibuk menyemak melalui SMS sekiranya saya terpilih untuk latihan PLKN. Rata-rata kawan ada menyatakan rasa tidak puas hati sekiranya terpilih...:

"kalau dapat ni, memang aku nak tulis surat merayu nak sambung belajar daripada pergi PLKN" 
"baik cuti lama-lama dowhhh sebelum result SPM keluar" 
"masuk PLKN buat pe, susahkan diri sendiri duduk dalam kem.. kat hutan pula tu"
"lagi bagus apply SPC, masuk U cepat,,,,guna result trial SPM je" 
"Ada benarnya juga", saya bermonolog sendirian. Tapi best juga kalau dapat masuk PLKN. Dapat main senjata! Macam syok je tengok dekat TV orang pegang M16~~
Akhirnya, memang benar tekaan bila saya terpilih untuk menyertai PLKN. Perasaannya 50-50 ketika itu. Dahlah balik  rumah lewat daripada pelajar lain sebab ambil subjek SPM lebih. Sampai rumah kena packing lagi untuk pergi kem. 

Wira dan wirawati dari selatan Johor dikumpulkan di Stadium Larkin untuk menaiki bas yang disediakan ke kem masing-masing. Saya ada juga terserempak dengan kawan-kawan sekolah. Masing-masing terpisah mengikut destinasi yang telah ditetapkan. Ada yang dapat dekat je dengan kampung halaman sendiri. Untung badan. Saya pula ditempatkan di Kem Rachado Bay, Tanjung Tuan, Negeri Sembilan. Nama pendeknya kem RBC. Menitik juga airmata apabila roda bas bergerak. Seram. Tak tahu nak jangka apa yang apa yang ada di kem tersebut....
Kawasan dorm

Tempat berkumpul 'roll-call'. 

Sesampai sahaja di sana, kami dibahagikan kepada 4 kompeni: Alpha, Bravo, Charlie dan Delta. Kami 'batch' PLKN Rachado Bay Camp Kumpulan 1 Siri 6 Tahun 2009. Beg kami di 'spot-check'. Tiada barangan tajam dan berbahaya dibenarkan dibawa masuk ke dalam kem. Telefon bimbit juga disita. Hanya dibenarkan penggunaannya pada hari minggu sahaja. Kemudian kami dibawa ke stor oleh 'quartermaster' untuk memilih dan menyuai padan saiz baju dan kasut yang diberi. Dapat baju celoreng, baju tshirt belang biru, kasut tumit tinggi untuk pergi kelas, 'beret', topi, kiwi kasut dan kasut boot! Oh ya, perkhidmatan dobi juga disediakan!

Saya dan kawan-kawan dorm Alpha P1. Dorm pertama dalam Kumpulan wirawati (A untuk Alpha, P1 untuk dorm pertama). Ada 8 dorm wirawati kesemuanya (Alpha,Bravo, Charlie, Delta) bagi setiap kompeni. Kami paling bahagia apabila....cikgu pulangkan handphone setiap petang Jumaat! sebab kami dorm pertama yang akan di 'announce'- tapak tangan sebesar padang bola kami tadahkan tangan untuk menatang handphone tu

Komandan kem, pihak pengurusan kem, dan jurulatih 'cikgu. Pada setiap pagi dan setiap sesi roll-call, sapaan wajib:
"Apa khabar wira wirawati semua? Dah makan? Semua sihat? Kalau kurang sihat, boleh lapor pada klinik"



Cikgu Azman Polis
Cikgu Samad, Cikgu Shanmugam, Cikgu Ramlan, Cikgu Kasim, Cikgu Bad



Cikgu Suliza, Cikgu Mai, Cikgu Shida, Cikgu Suzana, Cikgu Amy
  • Abseiling & Flying Fox
  • Baca Peta dan Penggunaan Kompas
    Peta ada tajuk, tarikh catatatan, topografi kawasan..Kegunaan peta untuk tahu keadaan, rupa tempat, tinggi tanah, tahu jarak, logistik. Untuk menjamin keselamatan anak buah, pastikan tiada tanda coretan di peta. Balut peta dalam 'Map Case'. Tidak buka peta dalam kenderaan bergerak. Tidak tunjuk peta kepada orang tidak berkenaan. Lipat peta ikut ukuran. Kompas cari N, pusing dial, bearing, tahu apa itu arah pergerakan, back bearing, mengelak halangan
  • Hari Terbuka Kem

    Hari Terbuka Kem ni macam hari report card sekolah. Ibu bapa, keluarga dijemput hadir ke kem untuk melihat prestasi anak-anak mereka. Gambar di atas adalah semasa Hari Terbuka kem. Di sebelah kiri, geng Hakka sorakan untuk team ragbi "kamate kamate kora kora.." Yang sebelah kanan pula, geng TTS (Tempur Tanpa Senjata).. macam Taekwondo. Ada lah juga pecah papan, pecah tiles. Serik nak pakai 'mekap askar' ni. Masa Cikgu beri, semua jakun! Main oleskan muka, siap buat macam corak Naruto lagi. Bila nak bersihkan huhu...kena sental muka guna berus! berminyak sangat...

    Selain pertunjukkan fizikal, kami juga menyediakan persembahan koir:

    Lagu Nyalakan Tekad> https://www.youtube.com/watch?v=FlJX2M5KlX0
    Nyalakan azam membumbung
    Padukan tekad dan waja
    Songsongi ombak bergulung
    Menuju ke pulau cita

    Setitis jadikan laut
    Sekepal jadikan gunung
    Namamu kelak disebut
    Jasamu kelak disanjung

    Nyalakan tekad di hujung cita
    Sama muafakat ke puncak jaya
    Sembah setia sepenuh jiwa
    Untuk nusa dan negara

    Kan megah langit dijunjung
    Rela bumi nan dipijak
    Kan megah ibu mengandung
    Putera puterinya berjasa
Lagu Suara Hari Esok> https://www.youtube.com/watch?v=4lcDzejwd2A
Just like a leaf, a leaf blowing in the wind;
Just like a bell, a bell chiming cross the land;
Just like a little sparrow, flying cross the meadows, flying cross the sea;
Just like the sun from right behind the cloud,
bursting through the sky it lights up everything there is;

Just like a star, a star shinning in the night;

Just like a flame, a flame glowing in the dark;
Just like a big blue whale, swimming cross the ocean, swims the seven seas;
Just like the sun from right behind the cloud,
bursting through the sky it lights up everything there is;

We will race right to the top, we won't ever let you down;
We're the children of today, voice of tomorrow;
We will always do our best, in our future u invest;
We're the children of today, voice of tomorrow, you say......

Bagaikan bulan, bulan menerangi malam;
Bagaikan daun, dibuai hembusan bayu;
Bagaikan burung-burung, tinggi di angkasa, di langit biru;

Bagai mentari disebalik awan, menyerikan alam menghidupkan bumi ini;
Bagaikan bintang, berkelipan di waktu malam;
Bagaikan lilin, di penjuru jalan;
Bagaikan ombak kecil, di lautan luas berenang ke tepian;
Bagai mentari disebalik awan, menyerikan alam menghidupkan bumi ini;

Dengarlah suara kami, dendangan hati ini;
Kami anak bangsamu, suara hari esok;
Dengarlah suara kami, pupuklah jiwa ini;
Kami anak bangsamu, suara hari esok nanti......
____________



As we go on, we remember

All the times we had together

And as our lives change, Come whatever

We will still be, friends forever

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin disini kita kan terpisah
Kenangan bersama tiada kulupa

  • Explorace Wirajaya
    'Finale' sebelum hari perbarisan tamat latihan. Semua wira wirawati wajib sertai sebelum tamat PLKN. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah kompilasi apa yang kami belajar semasa di PLKN.  Teamwork itu penting. Nama pun 'explorace'. Perjalanan kami berpandukan kompas dan 'bearing' yang diberikan: Rempuh Halangan-Berkayak-Casa Rachado-Kraf Hutan-Blue Lagoon-Rumah Api-Bistro-Kayak-Tamat..
    Perkhemahan pada malam hari di tepi pantai terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk. Yahooo!


  • Kelas
    Ada macam-macam kelas dalam PLKN ni. Kelas pagi lebih formal. Duduk dalam kelas. Setiap wira wirawati ada 'buddy' masing-masing.
    Ada kelas 'Character Building' - mengenali diri
    Kelas integrasi - mengenali kaum dan adat resam
    Kelas Kenegaraan - belajar tentang Perlembagaan Negara, proses pilihan raya,....> https://www.youtube.com/watch?v=59OooQi_c1c
    Kelas Kerohanian - yang muslim belajar dengan ustaz/ustazah di surau, yang bukan muslim-pergi tokong, gereja..> https://www.youtube.com/watch?v=X2QDg8zI7iY

    Kelas Pertolongan Cemas
    Luka adalah kulit terkoyak akibat benda-benda tajam dan terdedah kepada jangkitan ku
    man. Luka terhiris pisau, luka terkoyak cakar, pendarahan dalaman, pukulan luka tembus benda-benda kecil ...balutan luka, patah anggota badan...
    Khidmat Komuniti

    Kempen Derma Darah
    Merewang untuk majlis perkahwinan cikgu kami yang memilih untuk bersanding di kem kami!
    Kutip sampah di sekitar pantai berhampiran kem

    Kami juga terlibat dalam penggambaran dokumentari> https://www.youtube.com/watch?v=FMRD2_85s60
  • Kontrak Kita Janji 
    Dipersembahkan di hadapan Komander pada minggu pertama kami masuk kem. Kami ditugaskan menyediakan bendera ataupun panji kompeni kami. Kami perlu terangkan mengenai logo, matlamat kami, lukisan dan warna bendera..dan langkah keselamatan untuk melindungi bendera daripada hilang atau dicuri oleh kompeni lain
  • Alpha dan Bravo

    Charlie dan Delta
  • Kraf Hutan 
    Pelajari cara hidup 'survival' dalam hutan. Dirikan khemah. 
    Berkhemah bukan di tepian busut, lereng-lereng bukit
  • Malam Citra Puri
    Berpantun, bersajak dan bersyair
  • Menembak
    Sebelum turun ke padang menembak, kami diajar teori senjata..ukuran senjata, laras panjang senjata, berat senjata, kaedah menembak: melutut, baring, duduk, cangkung. Pada hari menembak, kami diberi selaras senjata M16, dan 30 butir peluru

  • Perlawanan Persahabatan
    Selain pertandingan antara kompeni (kem yang sama), kami juga berpeluang untuk ziarah ke kem berdekatan dengan cara menyertai perlawanan persahabatan. Antara sukan yang dipertandingkan ragbi, bola jaring,,,,

  • Senam Pagi, Senam Seni dan Poco-Poco 
    Di kem, setiap pagi kena bangun awal pagi untuk solat subuh berjemaah di surau.
    Kemaskan katil dan kelambu. Gosok gigi. Asingkan baju yang nak hantar ke dobi. Gosok baju kemeja dan seluar hitam untuk kelas pagi. Kilatkan kasut boot (untuk latihan kawad kaki). Sebelum pergi menapak ke surau, kami kejutkan rakan dorm non-muslim. Pukul 6.30 pagi 'roll-call' dan kemudiannya senam pagi di dataran. Kemudiannya, 'morning jog' dekat tepi pantai. Penat tapi syok pagi-pagi ambil angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Bunyi deruan ombak dan siulan burung dan unggas memang mengasyikkan. Rasa macam dunia ini kami yang punya. Kalau pagi itu hujan, kami bersenam seni dan poco-poco di dewan. Balik senam pagi baru mandi, sarapan dan masuk kelas pagi. Petang-petang hari pula ada riadah, main sukan...Memang fit masuk PLKN ni....
  • Water Confidence
    Untungnya ditempatkan di kem Tanjung Tuan, kami bertuah kerana kem diapit 2 buah pantai: Pantai Cermin dan Blue Lagoon. Aktiviti air yang kami lakukan: Kayak 'single', Kayak 'double', rakit
Berdasarkan gambar-gambar di atas, nyata di PLKN banyak perkara dan aktiviti yang kami lakukan bersama di kem. Bukan setakat berbaris dan berkawad sahaja: Rasa terisi betul masa dengan aktiviti fizikal dan riadah setelah menumpukan perhatian kepada persediaan SPM berbulan-bulan.

Di PLKN, kami diberi makan 6x setiap hari. Boleh 'request' sekiranya ada yang nak berpuasa, atau nak makanan 'vegetarian'. Saya juga pelajari bahawa kawan saya yang beragama dan budaya lain juga mempunyai hari tertentu untuk berpuasa. Pihak pengurusan kem kami proaktif dengan melantik AJK Makanan yang terdiri daripada kalangan wira wirawati sendiri untuk melaporkan setiap minggu jika terdapat aduan atau permintaan mengenai menu makanan contohnya nak lauk pedas, nak makan nasi minyak...

Satu je perkara yang saya tidak suka, 'night patrol'. Wira wirawati akan berjaga malam berdasarkan jadual 'shift'. Sesiapa yang bertugas malam akan diberikan lampu suluh untuk meronda dan berkawal di sekitar blok dorm. Serammmmm berjalan dengan pakai baju lengkap celoreng pakai boot malam-malam. Sunyi sepi je memalam hari. Habis je waktu shift, pergi masuk dorm dan lompat atas katil terus pejamkan mata! Kelakar juga bila ingat balik.

Perubahan selepas 3 bulan, walaupun singkat, saya rasa saya lebih memahami diri sendiri dan orang sekitar saya. Kami rasa sedih sebab rasakan hubungan persahabatan yang semakin erat yelah makan sama, duduk dalam dorm sama, ....terkejut juga sebab kami datang daripada latarbelakang berbeza, tinggal di negeri lain-lain pula tu. Kalau zaman sekolah tu, ada lah juga kawan daripada kaum dan agama yang berbeza tapi mungkin disebabkan mereka datang daripada kawasaan perumahan berdekatan, keadaan sosioekonomi yang hampir sama,....memang lainlah daripada kawan-kawan yang saya temui di PLKN...dan saya sangat menghargai jalinan persahabatan ini dan memori bersama wira wirawati PLKN yang saya kenali di sini..........

Bye korang..sob,,sob....T_T...balik rumah jangan lupa check elaun dah masuk belum!



(Sumber gambar daripada Cikgu Azman)

Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau n...

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je be...

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca ...