Tips: Belajar Bahasa Cina Kebiasaan yang saya buat semasa di NCKU CLC: 1. Awal semester, pilih kelas elektif, perhatikan silibus, apa yang kita akan belajar. Jadual semester NCKU CLC dan jadual kelas elektif boleh didapati di sini. 2. Sebelum ke kelas: Muat turun audio melalui CD atau kod QR yang terdapat di belakang buku teks. Dengar audio dengan teliti kemudian tandakan pinyin (kalau masih belum hafal tanda baris pinyin). Kemudian cuba tiru 模仿 cara sebutan audio tersebut. 3. Selepas kelas: Buat kerja rumah 功課, tulis/ hafal karekter 4. Saya juga suka duduk di bilik komputer di NCKU CLC untuk siapkan kerja rumah. Di sini juga, setiap jam ada laoshi ditugaskan untuk 'office hour' atau 'consultation hour'. Boleh terus tanya laoshi kalau tak faham. Selain itu, saya suka lihat, berbual, serta tanya pelajar lain cara mereka belajar bahasa. 5. Oh ye, saya suka juga dengar lagu cina, tonton MV terbaru di bilik komputer ini Bagi saya, mendengar l...