Tips: Belajar Bahasa Cina
Kebiasaan yang saya buat semasa di NCKU CLC:
1. Awal semester, pilih kelas elektif, perhatikan silibus, apa yang kita akan belajar.
Jadual semester NCKU CLC dan jadual kelas elektif boleh didapati di sini.
2. Sebelum ke kelas:
Muat turun audio melalui CD atau kod QR yang terdapat di belakang buku teks. Dengar audio dengan teliti kemudian tandakan pinyin (kalau masih belum hafal tanda baris pinyin). Kemudian cuba tiru 模仿 cara sebutan audio tersebut.
3. Selepas kelas:
Buat kerja rumah 功課, tulis/ hafal karekter

4. Saya juga suka duduk di bilik komputer di NCKU CLC untuk siapkan kerja rumah.
Di sini juga, setiap jam ada laoshi ditugaskan untuk 'office hour' atau 'consultation hour'. Boleh terus tanya laoshi kalau tak faham. Selain itu, saya suka lihat, berbual, serta tanya pelajar lain cara mereka belajar bahasa.
5. Oh ye, saya suka juga dengar lagu cina, tonton MV terbaru di bilik komputer ini
Bagi saya, mendengar lagu sambil tengok lirik pinyin banyak membantu dari menghafal ton karakter dan cara sebutan.
Bagi saya, mendengar lagu sambil tengok lirik pinyin banyak membantu dari menghafal ton karakter dan cara sebutan.
Kalau pening kepala tengok banyak karekter, nak 'short cut' baca guna 'google translate' kemudian ulang-ulang-ulang sampai boleh hadam artikel itu
8. Sediakan skrip untuk sesi pembentangan dalam kelas.
Untuk buat pembentangan depan kelas ini, mula-mula kena buat karangan berdarkan topik, kosa kata dan tabahasa yang telah dipelajari. Karangan itu akan diperbaiki oleh laoshi. Setelah itu, sediakan ppt, dan berlatih depan cermin. Cuba elakkan daripada tengok skrip setiap masa.
Contoh maklum balas yang diberi oleh laoshi sebaik habis sahaja pembentangan dalam kelas.
9. Bergaul dengan orang tempatan. Sertai aktiviti masyarakat setempat.
Program anak angkat
Bermain boling dengan rakan TM
Tambahan pula, oleh kerana tempat saya belajar itu yakni Tainan kebanyakan penduduk tempatannya juga bertutur dalam bahasa hokkien, jadi saya dapat belajar 2 bahasa sekali! Bahasa hokkien dan tulisan zhuyin 諸音 bopomofo juga ditawarkan sebagai salah satu pilihan elektif di NCKU CLC.