Jubin sentuhan / Tactile tiles
Fungsinya?
Fungsinya?
"Masalah yang selalu terdapat pada laluan pejalan kaki adalah seperti kerb yang dibina tidak seragam dari segi ketinggian, laluan pejalan kaki yang mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan kepada pengguna, kelebaran yang tidak mencukupi dan perubahan level tanah seperti cerun. Prinsip perancangan yang di digunapakai adalah – ”untuk menyediakan laluan pejalan kaki yang bebas daripada sebarang halangan yang boleh membahayakan pengguna seperti mengaplikasikan kecerunan yang sesuai, kelebaran yang boleh memberi keselesaan kepada pengguna ketika berjalan terutamanya kepada golongan cacat penglihatan dan yang mempunyai masalah pergerakan”.
Pertimbangan rekabentuk adalah seperti mengenali jenis-jenis laluan pejalan kaki terutama pada kawasan lapang dan kawasan rekreasi. Laluan pejalan kaki semestinya mempunyai jaluran penunjuk arah (guide strip) bagi kegunaan golongan buta. Selain menggunakan jaluran penunjuk arah (guide strip), laluan pejalan kaki memerlukan kotak tanda yang boleh disentuh (tactile marking) dengan menggunakan tongkat oleh golongan buta. Kotak ini akan diletak dipersimpangan setiap jaluran penunjuk arah (guide strip) dan kawasan yang menjadi halangan kepada golongan buta."*Baca lebih lanjut> Kemudahan Golongan Kurang Upaya: Kepentingannya pada Masa Kini