Skip to main content

Translate

Baby B

~~~9 months of a truly humbling experience~~~

Petikan ucapan 'Mover' sempena Majlis Penerimaan Masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara  pada 7.06.2015...

Pempetisyen dilahirkan pada 1991 dan merupakan anak jati JDT.

Beliau merupakan anak sulung daripada empat(4)orang adik-beradik kepada pasangan Aliman Musri dan Fuziyah Mamad.

(PENDIDIKAN)

Pempetisyen mendapat pendidikan awal di SRK(P) Jalan Yahya Awal, SRK(P) Sultan Ibrahim dan Sekolah Agama Bandar sebelum meneruskan pelajaran peringkat menengahnya di SMK(P) Sultan Ibrahim dan MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin sehingga tamat Tingkatan 5.

Pempetisyen selanjutnya telah ditawarkan mengikuti Jurusan Undang-undang di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nilai. Pempetisyen berjaya mendapat Anugerah Dekan di peringkat Asasi seterusnya mendapat biasiswa ‘MAXIS Scholarship for Excellence Award’ tajaan MAXIS Berhad. Semasa pengajiannya, Pempetisyen berpeluang bekerja separuh masa sebagai Pembantu Penyelidik ‘Research Assistant' di bawah pengawasan pensyarah beliau.

Pempetisyen kemudiannya telah menamatkan pengajiannya dengan memperolehi segulung Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 24.07.2014.

(AKTIVITI SOSIAL & KEMASYARAKATAN)

Ketika berada di sekolah dan di universiti, Pempetisyen seorang gadis yang aktif dan tahan lasak. Antaranya, Pempetisyen telah menubuhkan dan merupakan Pengasas Bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia cabang UIAM pada tahun pertama beliau bergelar pelajar universiti. Beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Persatuan tersebut bagi tempoh dua(2) semester.

Pempetisyen juga memanfaatkan hujung minggu menyertai aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan sama ada yang dianjurkan oleh pihak universiti, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun perseorangan. Contohnya, memasak untuk gelandangan di kota Kuala Lumpur, memanjat Gunung Tahan, mencandat sotong di perairan Terengganu dan Kempen Derma Darah & Organ.

Selain itu, Pempetisyen telah menyertai Program Duta Universiti di bawah Strategi Lautan Biru (National Blue Ocean Strategy 5) dan dilantik sebagai Pegawai Pengiring bersempena dengan ILKAP National Law Conference 2013. Pempetisyen juga telah berkesempatan melakukan lawatan kerja di universiti-universiti terkemuka luar negara iaitu di Melbourne, Seoul, dan Toronto.

(Latihan dalam Kamar/'Chambering'/'Pupillage')

Setelah menamatkan pengajiannya di UIAM pada bulan Julai 2014, Pempetisyen telah mengorak langkah ke dunia guaman dengan menjalani dan menyempurnakan Latihan dalam Kamar dibawah pengawasan Cik Puan Norliah binti Tahir di firma guaman Tetuan Syed Alwi, Ng & Co., Johor Bahru. Sepanjang tempoh latihannya, Pempetisyen telah didedahkan dengan pelbagai kes litigasi 'litigation' dan dokumentasi hartanah 'conveyancing'. Sesungguhnya, tempoh sembilan (9) bulan ini telah banyak membuka mata Pempetisyen tentang pahit manis dunia kepeguaman.

Oleh kerana Pempetisyen seorang yang gemar menjalani aktiviti luar, Pempetisyen telah melibatkan dirinya dengan beberapa aktiviti anjuran Jawatankuasa Peguam Negeri Johor seperti menyertai seminar, pertandingan Paintball dan acara gotong-royong mengecat Bilik Bantuan Guaman.

(PENGHARGAAN)

Pempetisyen ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga Pempetisyen atas kasih sayang, pengorbanan, doa, dan sokongan yang tidak berbelah bahagi yang telah mereka curahkan kepada Pempetisyen.

Beliau juga ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada pengajarnya Cik Norliah binti Tahir serta semua peguam, rakan Pelatih dalam Kamar, warga kerja Tetuan Syed Alwi, Ng & Co, para guru, dan rakan-rakannya kerana telah memberi tunjuk ajar kepadanya sekaligus memberikan pengalaman yang bermakna sepanjang tempoh Latihan dalam Kamar juga dalam kembaranya menuntut ilmu.

Saya percaya Pempetisyen adalah seorang yang berkelayakan menurut Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan bahawa semua suratcara Pempetisyen adalah teratur. Saya percaya rakan-rakan saya yang bijaksana dari Jabatan Peguam Negara dan Majlis Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Peguam Negeri Johor tiada sebarang bantahan dan menyokong Petisyen ini. Dengan rendah diri, saya memohon untuk satu perintah seperti dipohon diberikan agar Pempetisyen diterima masuk dan didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya..."

 -------------- alhamdulillah syukur   -------------- 

I am humbled.

Thank you very much to everyone who crossed path with me, however little and small that might be and for the well wishes.

Saya budak baru belajar, baru nak bertatih, kenal hidup, kalau salah tolong tunjukkan.
















Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau na

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je belajar ba

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca