Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?" "Bawa passport, pen, air minum, payung." Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata...
Sambungan dari post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam ...
Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) ! Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan. *Tips dia kalau n...
Sebuah lagi lagu sedih kekecewaan dalam percintaan yang kami pelajari dalam kelas ini dinyanyikan oleh 蕭煌奇 ’Xiao Huang Chi’ bertajuk 「 心內有針」 . Pada pendapat saya, ini merupakan lagu yang paling sukar dan mempunyai lirik paling panjang yang kami pelajari dalam semester ini. Namun, ini adalah lagu yang paaaaling saya gemar. Penyanyinya pula merupakan seorang yang cacat penglihatan, tetapi percayalah tanpa perlu tengok MV, cukup sekadar mendengar audio muzik lagu ini pun sudah cukup terserlah perasaan kepahitan dan kesedihan yang berjaya disampaikannya. Ada sebaris ayat yang diulang-ulang kali dalam lirik ini membawa maksud: ada jarum dalam hatiku, sakitnya menjerit tapi tiada bunyi yang keluar… guá ê sim-l ā i ū tsiam, beh huah, suah bô-siann 我的心裡有針 卻喝煞無聲 這首歌的名歌「 心內有針」的意思是 「 心裡有針」。 「 心內有針」的內容是跟愛情有關的歌, 歌次一句一句都表明失戀的痛苦。我滿喜歡這首歌的氣氛還有歌手的 歌聲會讓 我感覺到 被拒絕的難過 。 1 趕袂赴的火車 kuánn bu ē hù : 趕不上 2 潑落 phuah-lo̍h : 很冷的感覺 ...