1. Daerah Zuozhen (左鎮區) merupakan daerah luar bandar yang terletak lebih kurang 50 minit perjalanan menaiki bas dari pusat bandar Tainan. Kami berkumpul di hadapan bangunan NCKU Medical College sebelum ke sana.
2. Sejurus tiba di Zuozhen Junior High School, kami meminjam basikal dan helmet daripada pihak sekolah sebelum memulakan pengembaraaan. Rasa teruja dapat menggunakan peralatan berbasikal jenama GIANT- buatan Taiwan yang terkenal sebagai pengeluar basikal terbesar di dunia.
Tempat-tempat yang dilawati:
- Zuozhen Junior High School
- Aboriginal Workshop
- Tao Temple
- Gonglin Church
- The Li's Family Mansion
- Buda Temple
- Kang Lin Pipe House
- DIY: Grass Cake
- Cao Shan Moon World- Erliao Sunrise Pavilion
- Aboriginal Workshop
- Tao Temple
- Gonglin Church
- The Li's Family Mansion
- Buda Temple
- Kang Lin Pipe House
- DIY: Grass Cake
- Cao Shan Moon World- Erliao Sunrise Pavilion
3. Perjalanan kami bermula daripada pukul 9 pagi sehingga 4.30 petang, melalui beberapa tempat menarik di daerah Zuojhen.
4. Terdapat tiga kawasan perkampungan pertanian di sini: Gang Lin, Er Liao dan Cao Shan. Kawasan di sini berkeluasan 37 km persegi, beraltitud 280m-380m atas paras laut. Tanaman utama di sini ialah 'cummingcordia', rebung 'bamboo shoot', pisang, jambu, mangga. Pihak sekolah dan masyarakat setempat bergabung tenaga menganjurkan program ini untuk memperkenalkan cara hidup dan tempat mereka.
5. Pengembaraan berbasikal kami diiringi oleh masyarakat setempat, sukarelawan dari NCKU (sebagai penterjemah dan 'first aider') dan pelajar sekolah.
6. Perkataan baru yang dipelajari hari ini daripada dua orang 'first aider' yang merupakan jururawat berdaftar juga pelajar sarjana di College of Medicine NCKU :
GERONTOLOGY
Ilmu berkaitan penjagaan warga emas
Kawan Taiwan kami memberitahu kami mereka kerap ke perkampungan di sini untuk kerja-kerja khidmat masyarakat seperti mengajar warga emas di sini bersukan dan pemeriksaan kesihatan berkala. Mereka mengenali hampir kesemua penduduk tempatan di sini. Kata mereka lagi, perkampungan ini juga merupakan perkampungan kaum orang asli Siraya.
Siraya, Aboriginal Workshop
Tao Temple
Gonglin Church
Kang Lin Pipe House
DIY: Grass Cake
Abang-abang Pakistan menyanyikan lagu, menghiburkan hati makcik-makcik yang mengajar kami membuat kuih tradisional.
Cao Shan Moon World.
Tempat apa ni? Nama dia pelik sangat. Rupanya moon world 月世界 yueshijie merujuk kepada permukaan tanah yang seakan-akan permukaan bulan. Putih berkapur, berdebu gitu.
Erliao Sunrise Pavilion pula rupa-rupanya merupakan tempat popular untuk menyaksikan matahari terbit dan terbenam terutama sekali ketika menyambut perayaan tahun baru.