Kalau semester lepas saya bersama-sama rakan sekelas melawat Anping dan Wusanto, semester kali ini kami berpeluang ke Pusat Bandar Tainan (Confucian Temple, Grand Matsu Temple, Chihkan Tower) dan Lukang.



Confucian Temple 臺南孔子廟 Tainan Kong Zi Miao
Kuil ini merupakan kuil Confucious yang pertama dibina di Taiwan pada zaman Dinasti Ming. Ia merupakan peneraju pendidikan Confucious di Taiwan juga merupakan sekolah pertama yang dibina di Taiwan. Pada setiap 28 September iaitu Hari Guru, kuil ini menganjurkan Confucious Cultural Festival, tradisi yang diwarisi semenjak tahun 1713 lagi.



Bangunan ini asalnya dinamakan Fort Provintia dibina oleh Belanda pada 1653.



Dahulukala, calon peperiksaan untuk menjadi pegawai kerajaan percaya mereka akan lulus peperiksaan dengan lebih mudah sekiranya mereka direstui oleh Wenchang Dijun, Dewa Budaya dan Sastera juga dikenali sebagai Kui Xing. Oleh itu, ramai orang men'curi' pen yang diletak berhadapan dengan tugu Kui Xing. Pada zaman kini, pen 'Kui Xing' popular dalam kalangan pelancong dan boleh dibeli di kedai cenderamata.

Grand Matsu Temple / Great Queen of Heaven Temple 大天后宮 Da Tian Hou Gong
Dibina pada 1665 ketika Dinasti Ming memerintah, kuil ini merupakan kuil Matsu pertama di Taiwan dinamakan sempena Tianhou iaitu Dewi Syurga. Pengunjung bukan datang setakat menyembah Dewi Matsu tetapi juga Yue Lao iaitu Dewa Jodoh.





LUKANG 鹿港 LUGANG

Pemandu pelancong kami Betty yang mahir berbahasa Inggeris dan Jepun.
Setia ditemani Encik Garfield!