Kenangan dengan geng masak-masak
Tempat petik daun pisang. Pokok pisang boleh didapati di belakang dorm dan juga ada di kawasan sebelah pejabat pos universiti--betul betul dekat kereta api lama
Semester ini saya paling rapat dengan Youjin. Asal naik pergi ke dapur, mesti terserempak dia tengah memasak juga. Youjin ni jugalah, setiap kali makan dengan dia mesti ada kimchi dan banchan-makanan sampingan side dish Korea. Sebab Youjin juga lah saya belajar buat kimchi sendiri... Kamsahamnida Unnie Youjin 😍
Nyonya pasar
Tempat petik daun pisang. Pokok pisang boleh didapati di belakang dorm dan juga ada di kawasan sebelah pejabat pos universiti--betul betul dekat kereta api lama
Dapur dorm ini sangat dekat dengan hati saya. Bukan sahaja dekat sini lah tempat saya memasak, bersosial berkenalan dengan pelajar dari seluruh pelusuk dunia, mengenali citarasa dan masakan negara lain bahkan dekat dapur jugalah tempat release stress terutama sekali dengan cara menyanyi! 😂