Skip to main content

Translate

化連太魯閣 Taroko Hualien

爸媽,

你們好? 我在這裡一切都好, 請方心。你們一定沒想到我現在會用中文寫信吧? 我老師告訴我應該多練習練習寫中文字。

爸媽,

我到台南以後,從來沒去過台灣其他的城市。我總是問我朋友,他們週末常常做什麼? 他們去旅行的時候發現了什麼新事物? 我朋友平常給我的建議是:

[ 如果只有一個地方妳應該去, 那麼妳應該去花蓮。 在花蓮有一個聞名(popular, terkenal)名勝叫太魯閣國家公園(Taroko National Park)]。
上個周末我運氣很好, 因為我有機會跟我好朋友和她的父母到花蓮去一整天。花蓮位於(terletak)台灣東部。很多人覺得花蓮太遠了。我本來也這樣想。

去花蓮以前,我們把網路上的各種資料都看了一遍。 因為夏天觀光客多極了, 我們就先訂好了火車票。我們早上從台北坐PUYUMA火車到花蓮去.。大約兩小時的路程。(Perjalanan menaiki kereta api ke Hualien mengambil masa lebih kurang 2 jam)

到花蓮以後,我們租了一輛計程車(teksi)。我們的司機(pemandu)叫李先生。 他是本地人, 他又熱情又好。我們到花蓮有自己的司機不但到風景區去更方便而且省時間。(menjimatkan masa perjalanan) 說到李先生,除了他了解太魯閣的歷史(sejarah),還知道要怎麼說給我們聽讓我們才懂他的故事。我們覺得他還想法都說出來。這些話很有意思。

太魯閣的風景區美極了,有山有水,非去不可。我最喜歡的風景區是砂卡噹步道 (Shakadang Trail) ,那邊一路上都有警語標示:
[ 注意頭都安全, 小心撞到頭]
我們一邊走, 一邉欣賞藍綠色的河。那個時候的天氣是非常適合野餐(picnic)的理想天氣。 我覺得這一趟跟他們去旅行都是太值得了。

爸媽,

我的信寫得不錯吧! 我要去上課了,有空再給你們寫信。

敬祝健康,快樂!
女兒伊薩敬上
五月六日

Kami menaiki kereta api Puyuma. Selain Puyuma, pilihan kereta api laju untuk ke Hualien ialah kereta api Taroko. 440TWD seorang untuk perjalanan sehala Hualien-Taipei selama 2 jam. Hualien merupakan destinasi pelancongan yang terkenal di Taiwan. Tiket kereta api boleh dibeli atau ditempah secara online seawal 2 minggu sebelum tarikh perjalanan di sini. Kami kurang bernasib baik apabila gagal membeli tiket perjalanan balik menaiki kereta api Hualien-Taipei. 老師saya menerangkan bahawa tahun-tahun sebelumnya, terdapat banyak kemalangan melibatkan pelancong yang memandu sendiri ke Hualien akibat mereka tidak biasa memandu di kawasan pergunungan, jalan berliku-liku. Oleh itu, kerajaan Taiwan menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam ke Hualien. Kereta api memang banyak, tapi kalau naik jenis yang perlahan, 'local train', boleh memakan masa 3-4 jam untuk perjalanan sehala. Jangan hairan kalau tiket kereta api ke Hualien cepat habis, sebab ada hotel, tempat penginapan, agensi pelancongan yang tempah terus keseluruhan 'coach' kereta api untuk pelanggan mereka. Demand over supply! P/S: Untuk mengetahui plan B kami dan perjalanan alternatif ke Hualien, sila baca lebih lanjut penerangan di bawah ;)

Surau di stesen kereta api Hualien. Kalau nak guna, kena minta kunci daripada petugas stesen. Oh ye, kalau nak ke Taroko, sebenarnya stesen kereta api yang terdekat ialah Stesen Xincheng, 5 minit perjalanan menaiki kereta dari pintu masuk Taman Negara Taroko. Manakala, stesen kereta api Hualien, stesen kereta api yang lebih besar daripada stesen Xincheng (pilihan kereta api pun lebih banyak) ini terletak di pusat bandar Hualien, 30 minit untuk ke Taroko. 

Bersama pemandu teksi kami 李先生Encik Li.

Destinasi pertama kami ialah 七星潭/ Pantai Qixing/ Qixing Beach, terletak di belakang Lapangan Terbang Hualien. Boleh 'skip' je kot tempat ni, takde apa yang menarik dan dekat pantai ini pun tak boleh mandi sebab ombak besar. Bahaya.
Pintu masuk Taman Negara Taroko. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Dekat Taman Negara Taroko ni, banyak tempat boleh 'hiking', Shakadang Trail ini yang paling popular dan laluannya mudah, boleh dilakukan oleh semua peringkat umur.
Setelah 1.5km berjalan, jumpa R&R! 
Kami makan tengah hari di asrama belia Taroko Tianxiang Youth Activity Center. Dekat Tianxiang ni macam-macam kemudahan ada seperti hotel, dan 7-11. Dengar cerita, selain Taroko, asrama belia ini juga popular dalam kalangan pelancong yang ingin berkunjung ke 合歡山/ Gunung Hehuan/  Hehuanshan. 
  'Buffet style' seorang bayar 200TWD. Lauk sedap. Boleh 'request' menu 素食 sushi/ vegetarian. 
Jambatan gantung warna merah. Kalau jalan terus, panjat bukit tu boleh sampai Pagoda Tianfeng.  

Ada lagi jambatan gantung. Tapi yang ni kecil je. 
Kalau 'google' cari gambar Taroko, mesti akan ternampak gambar orang pakai helmet elak batu jatuh. Ha, inilah tempatnya, 燕子口Yanzikou/ Swallow Grotto
Kalau perasan dekat gambar di bawah ni, ada bumbung dibina elak batu jatuh menimpa atas kenderaan.
Kuil yang dibina bagi memperingati jasa pekerja-pekerja (kebanyakkannya merupakan pesara askar) yang membina laluan lebuhraya Timur-Barat.
 

Cenuram laut 清水斷崖/ Qingshui Duanya/ Qingshui Cliff yang menghadap Lautan Pasifik.  

Ok, PLAN B

Perjalanan alternatif  ini lebih murah. Anda hanya perlu membeli tiket kombo bas-kereta api. 50% lebih murah daripada menaiki kereta api Puyuma/ Taroko tetapi memakan masa lebih daripada 3 jam untuk sampai ke destinasi.
  • Taipei-Hualien (dari Taipei naik bas ke Luodong. Dari Luodong naik kereta api 'local train' ke stesen Xincheng/ Hualien)  
  • Hualien-Taipei (naik kereta api ke stesen Luodong. Kemudian dari Luodong naik bas ke Taipei).  
Luodong terletak di Yilan. Stesen kereta api Luodong hanya 2 minit berjalan kaki ke stesen bas Luodong.  Tiket kombo kereta api-bas hanya dapat dibeli di kaunter stesen bas atau kereta api pada hari perjalanan sahaja. Dalam erti kata lain, tak boeh booking awal.

Ada beberapa syarikat bas yang mengendalikan laluan Luodong-Taipei, Taipei-Luodong. Banyak je bas. Bas bertolak setiap 15, 30 minit. Yang beza destinasi akhir. Kalau nak ke Taipei Main Station, kena naik bas Kamalan sebutannya 葛瑪蘭/ Gemalan.
 
 
 



Popular posts from this blog

Singapore Day Trip (Bhg. 1)

Singapore Day Trip atau lawatan sehari ke Singapura ini tercetus selepas saya membaca post di Facebook mengenai pameran manuskrip Melayu dan pameran seni di sana. Dan kebetulan kak L yang sudah bermastautin di Johor Bahru selama 3 tahun belum pernah menjejakkan kaki ke sana. "Rugilah kak kerja JB tak pernah pergi Singapura. CIQ pun dekat dengan rumah kita. 5 minit je. Jom!" "Nak kena bawa apa?"  "Bawa passport, pen, air minum, payung."  Post ini saya tulis khusus untuk kalian yang berminat untuk ke kota Singa menaiki pengangkutan awam dari Johor Bahru. Mungkin gelisah, takut-takut mahal pula belanja nak ke seberang tambak.... ___________________________ Untuk lawatan kali ini, saya akan cerita perjalanan dari Johor Bahru ke Singapura. Saya dan kak L masuk Singapura melalui Woodlands. Destinasi pertama kami ialah JB Sentral untuk tukar duit dan seterusnya ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (nama singkata

Singapore Day Trip (Bhg. 2)

Sambungan dari  post sebelum ini mengenai perjalanan menaiki bas dari CIQ Johor Bahru ke negara jiran, Singapura . Mudah je, kan? Sampai sahaja di stesen MRT Bugis, dengar sayup-sayup azan menandakan masuknya waktu solat Zuhur. Kami singgah solat Zuhur terlebih dahulu di Masjid Sultan dan kemudiannya mengisi perut di Beach Road. Eloklah kiranya tahu selok belok tempat tujuan supaya jimat masa berjalan. Kebetulan tempat yang kami nak pergi ini semuanya terletak di sepanjang laluan North Bridge Road. Boleh muat turun peta di laman Singapore Tourism. Sungguh hijau dan redup persekitaran Bugis ini. Walaupun kami sampai di sini pada waktu tengah hari, masih terdapat penduduk yang meluangkan masa berjogging sekitar sini. Tempat makan murtabak yang terkenal, Restoran Zam Zam terletak berhadapan dengan Masjid Sultan. Kawasan di sini juga merupakan tempat tarikan pelancong dari pelbagai negara yang ingin menyelami sejarah di bumi Temasik ini. Istana Kampong Glam

Tauhu Busuk

Semalam bawa kawan sebilik yang baru dengan adik dia jalan-jalan. Kenalkan bandar Tainan, macam mana nak naik bas, tren dekat sini, dekat mana tempat-tempat murah, berbaloi nak beli barang dan pada sebelah malam pula, bawa mereka makan tauhu busuk 臭豆腐 (chòu dòufu) !  Rakan sebilik ini pula rupanya pernah ambil kursus masakan dan bekerja sebagai cef dekat pejabat Facebook di kota Singapura. Senang hati bila dia pun cakap tauhu tu SEDAP! Kedai tu pun nampak bersih! Saya memang suka makan tauhu busuk ni. Baunya busuk semacam tauhu ni dah melalui proses fermentasi, tapi bau busuk dia bagi saya taklah sekuat bau buah durian dan petai! Bila dah siap dia goreng, bau busuknya berkurangan. Rasanya macam kita makan tauhu sumbat. Selalunya ia dihidangkan dengan sayuran seakan sayur kimchi. Hidangan ini sangat lah terkenal sebagai makanan jalanan 'street food' di pasar malam sekitar Taiwan. Harga di tauhu busuk yang dijual di Tainan sekitar TW$40-60 sepinggan.  *Tips dia kalau na

Huayu Enrichment Scholarship: The Application

Sambil-sambil cari kerja, ternampak pula 'timeline' dekat Facebook gambar ini... Alumni? Taiwan? Apa kak H buat dekat Taiwan? Bukan ke dia dah kerja? Sempat pula belajar ke Taiwan? Dia belajar apa dekat sana? Scroll 'timeline' Facebook kak H, tanya kak L yang merupakan rakan karib kak H-saya sebilik dengan kak L sewaktu pengajian ijazah 3 ta hun dulu....Rupanya kak H belajar mandarin (juga dikenali sebagai huayu, guoyu, hanyu, putonghua, zhongwen, standard chinese ) di National Taiwan University  (NTU) menggunakan biasiswa Huayu Enrichment Scholarship!   Apabila saya buka laman web Taipei Economic and Cultural Office in Malaysia (TECO) , ada pelbagai biasiswa yang ditawarkan oleh Taiwan:  MOE Taiwan Scholarship MOST Taiwan Scholarship MOE APEC Scholarship ICDF Scholarship Taiwan Fellowship Research Grant . . . dan . MOE Huayu Enrichment Scholarship - bila tengok tarikh akhir mohon lagi 3 minggu!  31.3.2017!   Macam seronok je belajar ba

Singapore Day Trip (Bhg. 3)

Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara untuk naik bas dari Johor Bahru ke Singapura dan makan sup tulang merah , post kali ini adalah berkenaan tempat yang kami lawati... Pertama, kami melawat National Library Singapore untuk melihat pameran 'Tales of the Malay World: Manuscripts and Early Books' . Masuk percuma. 'Locker' percuma. Rasa kagum melihat sendiri naskah lama tulisan jawi. Sangat halus & teliti penulisannya. Dari MRT Bugis boleh nampak bangunan perpustakaan ini. Ia terletak bersebelahan pusat beli belah Bugis Junction dan Intercontinental Hotel. Bugis Junction Bangunan perpustakaan. Kami dapat tahu mengenai pameran ini setelah membaca sebuah artikel di surat khabar New Straits Times>  On the Trails of Malay Manuscripts Pameran di Tingkat 10. 'Handbag' boleh bawa masuk, pastikan tidak bawa makanan. Beg besar kena letak dalam 'locker.' Hampir sejam kami menghabiskan masa di sini. Khusyuk membaca